Baca sekali lagi, Teluk Kumbar tu kawasan den..gangguan 24jam tu..
kena stok air banyak-banyak.

GEORGETOWN: Kira-kira 1.3 juta orang atau kira-kira 80 peratus penduduk Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 hingga 24 jam pada 28 Disember ini berikutan kerja menaik taraf dan penyelenggaraan loji serta stesen pam.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP), Jaseni Maidinsa, berkata gangguan terbesar sejak 2006 dan akan bermula jam 7 pagi membabitkan lebih 30 kawasan di bahagian pulau dan Seberang Prai.
Katanya, tempoh itu membolehkan PBAPP melaksanakan kerja menaik taraf dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Dua, Butterworth dan kerja penyelenggaraan elektrik serta mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar di sini.

Jaseni berkata, PBAPP juga melakukan penyambungan paip utama di simpang Jalan Sungai Dua dan Jalan Pekan Darat Seberang Prai Utara (SPU) serta Jalan Bukit Tengah Seberang Prai Tengah (SPT) untuk projek landasan kereta api berkembar.

“Kerja menaik taraf dan penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang perlu dilaksanakan bagi memastikan bekalan air bersih dan baik dapat dibekalkan berterusan," katanya di pejabatnya di sini, semalam.

Jaseni berkata, antara kawasan yang akan mengalami gangguan selama 12 jam ialah semua kawasan di tanah besar Seberang Prai manakala di Georgetown ialah Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung.

Gangguan sehingga 24 jam pula hanya membabitkan kawasan di Teluk Kumbar dan Gertak Sanggul. Orang ramai juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dengan menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP melalui talian 04-5096509.

SUMBER : BERITA HARIAN

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. uish ya ka ni?adess la...kena tahan air n simpan..ni..adoi..manyak susah..

    BalasPadam
  2. Berita benar ni if not takkan boleh masuk berita harian..Jgn lupa stok air efa.

    BalasPadam
  3. hua...jenuh...la...berapa tong la erk nk dispare kan aduss..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama