At last GA sudah jumpa cara-cara untuk menambah berat badan kepada mereka yang ingin kelihatan berisi sedikit. Orang sibuk hendak menguruskan badan, ada juga yang kritikal hendak menambahkan berat badan. Moga bermanfaat kepada semua.


1. Kurang Makanan
Untuk membolehkan badan anda menambah berat badan ataupun otot, anda perlu bekalkan kalorie surplus. Di sini, tenaga bekalan makanan perlu lebih daripada tenaga yang dibakar.

2. Senaman pemberat yang kurang berkualiti
Badab anda perlukan sebab untuk membesar - ia perlukan suatu catalyst. Senaman pemberat adalah catalyst yang wajip! Tetapi senaman pemberat semata2 tidak mencukupi. Ia perlukan senaman pemberat yang berkualiti!



3. Terlalu Aktif
Sekiranya anda kerap berlari marathon ataupun banyka amaklan senaman kardio, memang sukar untuk menambah berat badan. Jadi sekiranya anda ingin terus aktif dan menambah berat pada masa yang sama, anda perlu tingkatkan lagi pengambilan kalori dari makanan.

4. Takut penambahan berat lemak!
Semua inginkan penambahan berat yang bersih tanpa penambahan lemak. Tetapi itu sukar! Nasihat saya: tambah berat terlebih dahulu, nanti risau pasal lemak berlebihan.

5. Salah Pilih Senaman
Senaman jogging dan badminton tidak akan membantu anda tambah berat badan. Lupakan senaman kardio buat sementara dan beralih kepada senaman pemberat!

6. Tidak Konsisten
Sama seperti proses menurunkan berat badan, menambah berat badan bukanlah kursus jangka masa pendek. Jadi walaupun anda berjaya melalui 10 minggu bersama saya, tidak bermakna anda boleh lepas tangan! Ia perlukan komitmen sepanjang hayat!

7. Over-Training
Yang ini bukan mengenai kardio tetapi senaman beban. Ingat: setiap kali anda melakukan senaman pemberat pada mana2 otot, anda perlu rehatkan otot berkenaan selama 48-72 jam. Ini untuk membolehkan otot tersebut membaiki dan kuatkan diri.

8. Bergantung kepada Suplemen!

Ramai yang email saya menyatakan mereka habiskan ratusan ringgit untuk weight gainer dan makanan tambahan yang lain. Tanpa, pemakanan asas dan senamam berkualiti, usaha anda memang sia2

9. Adakah Kekuatan anda Meningkat?
Satu-satu cara saya menilai tumbesaran badan adalah dengan rujukan kekuatan saya melakukan suatu senaman. Sekiranya saya makin kuat, ia adalah tanda otot tersebut telah membesar.



10. Tidak Cukup Protein
Protein adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang mencukupi, otot tidak boleh membesar. Pastikan anda makan lebih kurang 2g protein untuk setiap kg berat badan anda. 



Biodata Kolumnis

Kevin Zahri merupakan graduan ijazah Kejuruteraan Mekanikal (minor Ekonomi) dari Universiti Northeastern (Boston), Amerika Syarikat. Beliau merupakan fitness selebriti Malaysia dan juga dikenali sebagai cikgu fitness. Dalam beberapa tahun ini, beliau telah meninggalkan impak dan kesan yang begitu besar dalam industri kesihatan dan kecergasan sebagai hos TV, penceramah, penulis dan web entrepreneur. Kevin Zahri menulis di dalam beberapa majalah dan juga web peribadi,
http://kevinzahri.com




9 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. I got tips how to tmbhkn berat tau. Hehe ..

    BalasPadam
  2. mungkin boleh cuba dapatkan khidmat nasihat dan pandangan daripada pakar pemakanan untuk dapatkan panduan yg lebih baik :)

    BalasPadam
  3. best utk mereka yg nak naikkan badan. kite dah tak payah. lalala

    BalasPadam
  4. Info bergune buat AG ni tp kene sambung bace lain kali sbb dah nak kemas2 dan balik skrg ni,huhuhu......

    BalasPadam
  5. cara JT nak naikkan berat badan:

    1. makan beger malam2 utk pertambahan protein.
    2. joging sekali seminggu utk buang lemak yg berlebihan.

    tu je. hehe..

    Jejaka Terhangat: Drama Lagenda Budak Setan Version 2.0 by Jejaka Terhangat.

    BalasPadam
  6. JT pernah makan burger letak epal hijau (sebagai ganti timun) tak? Sedap. Cubalah.

    BalasPadam
  7. ade ek bege ltk epal hijau? huhu..xpenah dgr lg tue..

    tips ni sesuai utk kwn skype. skang nie dok meroyan nk tambahkn berat bdan. dia mkn kuat tp xbesar2 jgk..sian dia..huhu..

    BalasPadam
  8. Adalah Skype Crew. Memang kreatif usahawan burger sekarang ni.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama