URUSAN MULAKAN PERNIAGAAN MAKIN CEPAT - Eiza GreenAppleKu

URUSAN MULAKAN PERNIAGAAN MAKIN CEPAT


KUALA LUMPUR - Pelaksanaan Nombor Identiti Korporat Malaysia (MyCoID) fasa kedua dijangka bakal menempatkan negara setanding dengan negara maju lain terutama dalam urusan memulakan perniagaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif terbaru itu dijangka mampu memberi impak positif kepada negara dalam meningkatkan daya saing di peringkat global dan seterusnya memperbaiki kedudukan negara dalam penilaian Bank Dunia khususnya dalam aspek memulakan perniagaan.

"Berdasarkan laporan penilaian Bank Dunia 'Doing Business 2010', Malaysia kini berada pada kedudukan ke-23 daripada 183 negara di dunia," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis pelancaran sistem laluan MyCoID fasa kedua di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini semalam.

Jelasnya, memulakan perniagaan di negara ini satu ketika dahulu perlu melalui sembilan proses selama 11 hari sebelum mendapat kelulusan.

Namun kini katanya, memulakan perniagaan di Malaysia hanya memerlukan satu proses dan dapat siap dalam tempoh sehari.



GreenAppleKu : Nak jadi usahawan wanita yang berjaya. Bidang Peruncitan? Bidang Pendidikan?

Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.