TERKINI BANJIR DI UTARA.. - Eiza GreenAppleKu

TERKINI BANJIR DI UTARA..

GreenAppleKu : Menurut berita terkini jam 4 petang tadi..banjir yang melanda utara telah 'beralih' ke daerah lain. Jangan lepas ni 'beralih' ke Pulau Pinang udah ler. Dah 2 hari berturut-turut Penang berhujan.

KANGAR 2 Nov. - Pekan Kangar semakin dinaiki air walaupun hujan telah berhenti dan kini cuaca agak panas.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati penduduk di daerah ini bertungkus lumus memindahkan kenderaan masing-masing ke tempat lebih tinggi.

Difahamkan banjir di daerah Padang Besar dan Arau semakin surut namun banjir di daerah itu kini 'beralih' ke pekan kangar pula.

Paras air yang berada pada tahap satu meter pagi tadi kini sudah melepasi dua meter di kawasan rendah. - Utusan

Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.