IBUNDA'S DELIGHT

Selasa, 9 November 2010

RASUAH

Ini pemberian ikhlas dari kami..(mood merasuah)
Rasuah bukan suatu fenomena baru dalam negara kita, fenomena ini makin hari makin membarah dalam masyarakat. Keadaan ini seakan tidak ada jalan untuk dihapuskan, seolah-olah rasuah sudah sebati dengan dunia masyarakat kita umumnya. Jika ini berlaku maka tunggulah saat kehancuran negara yang dicintai ini. Persoalannya kenapa rasuah di negara kita ini telah mencetuskan suatu fenomena? Fenomena ini bukanlah suatu fenomena rasuah yang melibatkan wang semata-mata, malah melibatkan aspek-aspek penyelewengan dan salah guna kuasa seperti mana yang telah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009).

"Dan janganlah kamu makan harta di antara kamu dengan jalan yang batil, dan (janganlah) kamu menyuap dengan harta itu kepada para hakim, dengan maksud agar kamu dapat memakan sebahagian harta orang lain itu dengan jalan dosa, padahal kamu mengetahui." (Surah al-Baqarqh: Ayat 188)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...