NAK BUAT HAL PUN..CARI TEMPAT LAIN LER.. - Eiza GreenAppleKu

NAK BUAT HAL PUN..CARI TEMPAT LAIN LER..


At least aku buat sesuatu. Membuat catatan terbaru untuk entri blog aku, sambil mendengar kata-kata aluan yang sedang di sampaikan oleh Tuan Pengerusi. Tidak di nafikan, cara penyampaian Tuan Pengerusi agak membosankan. Nervous jer. Ucapannya tersangkut-sangkut. Tidak lancar. Nampak tak professional ler pula. Melihat kepada suasana didalam dewan ini, telah memberi satu idea untuk entri terbaru.


Sudah pasti ada diantara kita pernah menghadiri ceramah, taklimat, majlis ilmu dan perkara-perkara yang seakan sama dengannya. Cara penyampaian dan cara 'tackle' hati tetamu yang hadir amat penting. Jika tidak, kita akan dapat melihat pelbagai ragam manusia apabila sudah berasa bosan. 


Ada yang terlena, ada yang membaca akhbar, ada yang main sms, ada yang ber'fb' dan ada yang up date 'blog'. Hehe. Gelagat En. yang duduk di barisan ke dua menarik perhatian aku. Sedapnya dia tertidur. Tiap orang yang terpandang padanya, geleng kepala. 


" Nak lena pun, carilah barisan belakang. Yang hentam gi duduk depan buat apa. Buat rosak program jer. Mencemar majlis." Suara-suara pengomen di belakang aku mula kedengaran.


Apa pula komen korang yer.

4 ulasan

bintang27 berkata...

mungkin suara penceramah tu mendayu-dayu lalu dia pun dibuai mimpi sampai tidur pon nampak ayu,,,,

GreenAppleKu berkata...

Memang mendayu-dayu

sfatimahzj berkata...

makin depan makin lena..hahaha

Nora Shahaira berkata...

mana tau kot dia tak sedar yg dia tgh tido..hehehe

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.