Khasiat dan nutrisi timun

UTUSAN : TIMUN sememangnya mempunyai pelbagai khasiat. Ia tergolong dalam kumpulan yang sama dengan labu. Luaran timun berwarna hijau agak gelap, manakala sebaik dihiris isi putih kehijauan terserlah. Terdapat dua jenis timun iaitu yang boleh dibuat acar dan untuk dihiris. Timun yang digunakan untuk dibuat acar kebiasaannya bersaiz lebih kecil.

Timun diketahui kaya dengan bahan yang boleh menyejukkan. Malah ketika cuaca panas sayuran itu amat bermanfaat untuk membantu melegakan mata yang tertekan akibat panas terik. Selain itu, timun juga menawarkan pelbagai manfaat lain yang berguna untuk manusia.

Nilai nutrisi bagi setiap 100 gram timun yang belum dikupas

Karbohidrat - 3.63 gm

Gula - 1.67 gm

Serat - 0.5 gm

Lemak - 0.11 gm

Protein - 0.65 gm

Thiamin (Vitamin B1) - 0.027 mg

Riboflavin (Vitamin B2) - 0.033 mg

Niacin (Vitamin B3) - 0.098 mg

Asid Pantotenik Acid (Vitamin B5) - 0.259 mg

Vitamin B6 - 0.040 mg

Folat (Vitamin B9) - 7 μg

Vitamin C - 2.8 mg

Kalsium - 16 mg

Besi - 0.28 mg

Magnesium - 13 mg

Fosforus - 24 mg

Potasium - 147 mg

Zink - 0.20 mg

* Timun yang disapu ke wajah boleh mengurangkan kepanasan dan radang pada kulit.

* Bahan diuretik, menyejuk dan membersih yang terdapat di dalam timun menjadikan sayuran tersebut baik untuk kulit.

* Timun yang segar boleh memberi kelegaan kepada masalah ulser, gastritis dan pedih ulu hati.

* Hiris timun mampu mengurangkan bengkak pada mata.

* Pengambilan timun setiap hari membantu mengawal ekzema, artritis dan juga gout.

* Timun juga bermanfaat kepada mereka yang mengalami masalah pada paru-paru, perut dan dada.

* Potasium di dalam timun menjadikannya sangat berguna untuk membantu mengurangkan masalah tekanan darah rendah.

* Timun mengandungi Erepsin - enzim yang membantu menghadamkan protein.

* Jus timun membantu menggalakkan pertumbuhan rambut terutamanya jika ditambah jus lobak merah, kubis dan bayam. Campuran jus timun dan lobak merah juga bagus untuk masalah reumatik disebabkan lebihan asid urik didalam badan.

* Kaya dengan mineral, timun boleh membantu menghalang masalah kuku.


5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Blender timun + gula sikit, perah lemon. Sedap. Tgh demam ni awak patut cuba.

    BalasPadam
  2. Muchas Gracias utk menu minuman yg gerenti walahhhh.

    BalasPadam
  3. x suka jus karot nih.. tambah lak ngan timun... mcm mana nih... huhuhu

    BalasPadam
  4. Risha4ever : Jus karot susu..sedap..u patut cuba..sbab nanti mata u cantik..
    Misyamissyou : Saya pun suka timun..tiap mlm suka letak hirisan timun kat mata..best..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama