My Instagram

DUA NAMA SATU RASA..



Kami memang suka mencuba pelbagai makanan dan suka makan. Kat label ada tulis nama buah ni BUAH KEDONDONG. Tapi.. 



bila dah makan, rupanya buah amrah. Dek kerana malas nak gaduh bab nama buah ni, so kami SEARCH info buah ni :

Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buahamrah di hilir Perak.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.

Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.

Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Nampak sedap jer JUS AMRAH ni..

Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!