My Instagram

AKU DULU..KAU TUNGGU LER..


Milik siapakah kenderaan ini? Tidak perlu cerita panjang lebar..terima kasih kepada Encik Polis Tarfik yang menjaga lalulintas di persimpangan keluar dari PSDC (Penang Skills Development Centre) di Jalan Sultan Azlan Shah, Bandar Bayan Baru.


Dengan adanya En. Polis Trafik, pemandu menjadi semakin sabar dan berhemah. Tiada lagi sikap, aku dulu..kau tunggu @ aku himpit kau, kalau kau tidak beri laluan..Mau tension dibuatnya memikirkan masalah pemanduan warga Malaysia hari ini..hehe..

Jika di bahaskan topik hendak cepat ni, semua orang hendak cepat sampai ke destinasi masing-masing. Jadi, janganlah potong barisan. Ikut arahan Encik Polis Trafik. 

Al kisah pada suatu hari (on the way balik kerja), saya dari Jalan Sultan Azlan Shah ( sila rujuk peta untuk feel the story) memandu seperti biasa. Dalam kepala ni dah target, kena be more carefull sebab kejap lagi hendak masuk zon, siapa cepat dia jalan dulu. Nampak tak bangunan MOX, simpang di sebelah kiri tu lah yang selalu bikin jalanraya jem teruk. Berebut-rebut kenderaan yang hendak keluar dari simpang tersebut di tambah dengan kenderaan yang berada di laluan sediada. Bila tiba giliran saya, Encik Polis Trafik (eh! Ada En. Trafik ler,selalunya tak ader..tapi okay gak) mengangkat tangan memberi arahan berhenti. So kereta saya berada di barisan paling hadapan. Tiba-tiba, dari arah kiri saya, zazzss sebijik kereta ala-ala filem fast n furious, hendak memotong masuk ke laluan saya.

Aksinyanya di lihat oleh Encik Polis Trafik dan terus memberi arahan berhenti. Sambil geleng kepala En. Polis Trafik berjalan menuju ke arah kenderaan tersebut. Cermin kereta di ketuk..


Entah apalah yang telah di tarbiahkan oleh En. Trafik kepada that guy. Yang saya nampak, pemandu tu menangguk- angguk kepala. Minta maaf ler agaknya. Dah ler semua orang tgh memerhatikan awak. Bikin malu betul.

Tiada ulasan