JIka hari tidak hujan, setiap hujung minggu saya dan anak-anak pasti akan ke tempat ini. Mana lagi kalau tidak ke taman permainan dan beriadah. Anak-anak boleh leka bermain di taman permainan sementara ibu bapa bolehlah 'berjoging' di sekitar kawasan tersebut. Karang kalau pergi jauh-jauh, hilang pula anak. Siapa nak jawap tu. 

Selain dapat menyihatkan badan, duit poket juga jimat sebab kalau bawa ke Shopping Kompleks, parking jer dah kena bayar. Niat asal sekadar window shopping, dah jadi lain sebab confirm..ada juga barang yang akan terbeli.

Ramai orang ambil ringan akan bersenam. Kalau ditanya soalan "apakah kepentingan bersenam?" pada setiap orang di muka bumi ni, insyaAllah semua boleh jawab. Inilah jawapan-jawapan tipikal masyarakat pada soalan ini.

1. Untuk menyihatkan badan.

2. Untuk membakar lemak.

3. Untuk menguruskan badan.

4. Untuk menghilangkan stress.

Pendek kata, semua orang sedia maklum akan kepentingan bersenam; untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat. Tapi, masih ramai yang mengabaikannya, masih ramai yang meninggalkannya. Bukan saja golongan yang sudah bekerja (baca: golongan sibuk dengan tugas), tapi golongan pemuda pun turut meninggalkannya.

Ramai lebih suka duduk terperap dalam rumah. dalam kes yang lebih ekstrim , duduk terperap dalam bilik dan menyihatkan jari-jemari (baca: main video games atau berchatting). Ada juga yang sengaja melepak-lepak di tepi jalan atau jambatan, membuang masa berborak kosong bersama teman-teman. Alangkah ruginya. Bukankah lebih elok kalau pergi bersukan? Sekurang-kurangnya boleh sihatkan badan.

Dalam 10 muwasofat muslim (10 sifat-sifat muslim) yang digariskan imam Hassan Al-Bana, qawiyyul jismi (sihat tubuh badan) merupakan salah satu daripada 10 kriteria tersebut. Nah, ulama' pun berpendapat bahawa mempunyai tubuh yang sihat adalah penting. Dengan badan yang sihat, mudah untuk kita melakukan ibadat. Dengan tubuh yang sihat, mudah untuk kita melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Selain itu, sabda Rasulullah SAW :

"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah dari mukmin yang lemah, tapi keduanya hendaklah ada kebaikan" (Riwayat Muslim)

Apa lagi kawan-kawan? Ayuh, kita lazimkan bersukan. Badan cergas, otak cerdas, insyaAllah.

p/s: Ulama' mentafsirkan bahawa, "kuat" yang dimaksudkan dalam hadis di atas bukanlah semata-mata dari segi jasmani, tetapi juga dari segi rohani. Pendek kata, mukmin kena seimbang; rohani dan jasmani.

3 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Saya setuju. Saya juga skrg ni sering bawa anak berjalan2 ke taman. Kalau tak dapat ke taman, saya akan bawa anak2 berjalan-jalan sekitar kawasan kediaman. beriadah sambil merapatkan silaturrahin dengan jiran-jiran.

    BalasPadam
  2. Berjalan pun satu senaman juga. Dapat juga menikmati udara segar.

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama