My Instagram

DUA HATI DISATUKAN DENGAN APA?


Sebagai jawapan teka teki soal cinta pagi tadi, jawapnya dengan IMAN. Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati Yang Satu, pasti mudah kedua-duanya bersatu. Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu apabila iman dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. No body is perfect. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada Allah, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Ada rebut tetapi sekadar dalam cawan. Ada gelombang tetapi cepat-cepat menjadi tenang.


Tiada ulasan