Sabtu, 30 Oktober 2010

ZINA, BARAH YANG SEMAKIN KRITIKAL..



Kebebasan sesuatu yang dicari manusia, tetapi yang menakutkan ialah kebebasan membuatkan manusia terbabas. Bebas daripada ikatan agama, menjadi seperti haiwan tiada sebarang kawalan, membujur lalu melintang patah.
Kehidupan remaja yang sebegini amat dibimbangi. Remaja adalah harapan segalanya, harapan bangsa, agama dan negara. Cemerlang remaja cemerlanglah masa depan negara, rosak mereka kelamlah masa depan.
Bebas dalam pergaulan amat dibimbangi. Lelaki perempuan jika sudah tiada batasan dalam pergaulan amat ditakuti terjerumus dalam kancah maksiat.
Berkawan memang boleh untuk belajar, berkenalan dan bersembang tetapi jangan sampai tidak terkawal. Islam dengan lengkap menunjukkan jalan dan batasnya.
Tulisan kali ini berkisar mengenai bahaya zina yang berleluasa akibat hidup tanpa batas. Cinta tanpa batas dan pergaulan tanpa batas.
Memang segala yang melampau batas akibatnya amat tercela. Berzina seakan-akan wabak menyerang minda sesetengah remaja yang menganggap ini soal peribadi.
Dosa aku, aku tanggung. Kubur masing-masing, kamu punya kubur kamu jaga, aku punya kubur aku jaga. Itu salah!!!
Kubur kita orang lain yang gali. Kadang-kadang kubur orang lain kita yang gali.
Zina ertinya melakukan hubungan kelamin tanpa hubungan perkahwinan yang sah. Hukumnya adalah dosa besar dan menurut perundangan Islam disebat sebanyak seratus rotan kalau penzina itu belum berkahwin manakala hukum rejam sampai mati dikenakan kepada pasangan yang telah berkahwin.
Hukuman ini berkuat kuasa walaupun pasangan penzina ini melakukannya hanya sekali. Dalam kitab Zabur diceritakan orang yang berzina, kelak kemaluannya akan digantung di dalam api neraka, dipukul dengan rantai daripada besi.
Dalam riwayat ada juga menyebutkan kemaluan orang yang berzina akan dibakar dengan api dalam keadaan bernanah dan berapi, malah akan dibesarkan kemaluannya sama ada lelaki atau perempuan sehingga sebesar bukit Uhud.
Minta Allah lindungkan kita dan untuk maklumat, bukit Uhud panjangnya sejauh sembilan kilometer.Yang mesti dihindari bukan saja berzina tetapi juga sebab-sebab yang membawa kepada perzinaan.
Islam satu agama yang amat releven dan penuh idea bukan hanya menumpukan isu rawatan tetapi terlebih dulu memberikan idea pencegahan. Semua tahu mencegah lebih baik daripada merawat.
Dalam hal ini Allah sebagai Tuhan yang amat mengetahui menyebut dalam al-Quran:
"Janganlah kamu menghampiri zina sesungguhnya zina itu sangat menjijikkan dan jalan yang sangat jelek."
Berdua-duaan dengan pasangan bukan mahram adalah haram. Di dalam kereta berdua-duaan, di dalam rumah berdua-duaan, menaiki motor apa lagi saling merapat-rapat lagi haram.
Dalam satu hadis melaporkan, apabila lelaki dan perempuan berdua-duaan berbondong-bondonglah tentera iblis mengerumuni untuk menggoda supaya melakukan maksiat.
Bagi memahami dengan lebih jelas lagi berlakunya zina akibat berdua-duaan mari kita melihat satu hadis nabi yang bermaksud:
"Dua mata yang berzina (saling bertentangan mata) telinga berzina (saling dengar pujuk rayu), lidah berzina (cakap-cakap) zina tangan (berpegangan) zina kaki (melangkah pergi jumpa) zina hati (keinginan dan khayal seks) dan yang membenarkan semua zina anggota itu ialah zina kemaluan."
Apabila nafsu sudah ditawan syaitan al-maluun manusia menjadi bodoh dan dungu. Akal sudah tidak berfungsi lagi malah pada waktu itu kadangkala suara iman sudah tidak menasihati lagi. Jika terdetik berdosa akan 'diterjah' dan akhirnya iman terkeluar dan tercampak ibarat kereta yang tidak dapat dikawal lagi terus terbabas.

BIARLAH KESUDAHAN KITA DAN DIA DI SYURGA


Ramai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.
Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.
Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.
Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.
Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.
Manakan tidak, setiap hari sebelum memulakan hari baru, kita (niat) sentiasa berdoa demi kebaikan sepanjang hari pada hari tersebut, bermula pada langkah pertama.
Kekadang kita terlalu takut jika Allah Taala tidak menyayangi kita, bila mana kita tidak ditimpakan ujian walau sebutir zarah pada hari-hari yang kita hadapi.
Ujian ini, bukan untuk menakutkan diri, tapi mencari hikmah yang tersembunyi.
Berterima kasihlah kepada Allah Taala kerana masih ditarbiah hati ini.
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.
Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta.
Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.
Ya, bila ujian Allah Taala datang mendidik diri, baru sedar, baru terngadah.
Tapi syukur Allah Taala datangkan jua rasa redha di hati ini.
Mujurlah jua Allah Taala tunjukkan jalan mengajar hati redha, terima hakikat.
Allah Taala berfirman;
Bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat)" asy-Syam (91:9-10)
Pasti kalian pernah merasai saat genting ini. Ada yang selepas berumahtangga, pengamalan agama dianggap enteng.
Jika dahulu impian ingin membina bait-muslim itu cukup tinggi tetapi apabila ada kelemahan, kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, pasangan hanya mengambil langkah berdiam diri hanya kerana cinta, inilah cinta buta tidak nampak akan kesalahan, matlamat pula menghalalkan cara.
Bila cinta Tuhan diketepikan dan kasih sayang makhluk mendasari hati, nafsu menjadi raja dalam diri, kalam Tuhan tidak lagi diikuti. Sesungguhnya manusia apabila mencintai makhlukNya dan mendahului mereka dari Allah, maka tunggulah janjiNya.
Kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan.
Namun begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam membuat kebaikan.
Kebaikan tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui perbuatan. Kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan berbanding dengan apa yang kita cakapkan. Dunia ini adalah madrasah cinta kita cari.
Allah Taala sedang mengajar dan mendidik kita. Suatu ketika dulu saya juga pernah mengalami perkara yang sama.
Namun diteruskan juga menadah, meminta pertolongan Allah.
Allah Taala akan terus mengajar dan mendidik kita dengan syarat kita mahu belajar sama ada dari pengalaman yang kita lalui, muhasabah diri seterusnya belajar ilmu-ilmu Islami.
Manusia bijak akan menjadi orang lain bergantung kepadanya, bukan sebaliknya. Dia tidak pernah bersikap dan mengambil keputusan dengan mengharapkan orang lain turut sama berendam dalam masalah peribadinya.
Bahawasanya seorang muslim itu mempunyai falsafah hidup, prinsip, risalah, dan ketentuan yang lebih agung daripada hanya sekadar mengharap, balas dendam, dan benci.
Perjalanan hidup berumahtangga sebahagian surat cinta Ilahi. Bahawa dugaan, kepahitan, perpisahan adalah antara isi kandungan surat cinta ini.
Ada yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Mendepani surat cinta ini, inshaAllah akan menyuburkan cinta, sekiranya kita menerimanya sebagai satu tarbiah daripada Allah.
Percayalah, kita pasti akan bertemu dalam suasana yang lebih indah dan manis selepas kebahagian.
Kesulitan ini adalah mahar buat saat yang indah itu.
Berbahagialah isteri-isteri yang menjadi solehah hasil bimbingan dan pimpinan para suami soleh.
Beruntunglah isteri-isteri meredhai kehidupan rumahtangga yang dibina.
Kesusahan dan kesulitan sudah menjadi pakaian harian, nilai kasih sayang antara penghuni rumahtangga didahulukan.
Mempunyai peranan.
Peranan takwa dan iman itulah, yang menjadi pasak melahirkan serta mengekalkan konsisten keharmonian cinta yang dirasai dengan cara dan sudut yang pelbagai nantinya.
Banyak versi dan variasi.
Kursus perkahwinan pastinya belum memadai membenihkan nilai-nilai yang perlu kepada bakal pasangan, jika sahaja kayu ukur sebaik para pejuang agama sebahagiannya juga ditakdirkan untuk kecundang.
Ingatlah, ramai pasangan berpisah kerana putus cinta.
Cinta yang matang itu, tidak buta dengan kesalahan dan kekurangan orang lain.
Celik, tetapi hati yang cinta akan berdoa dan berusaha untuk memperbaikinya. Kita terima seadanya.
Dia hamba, kita juga hamba.
Hamba itu lemah dan sentiasa bersalah. Pohonlah kemaafan dan bersedia memaafkan.
Sumber : I luv Islam

Jumaat, 29 Oktober 2010

KEINSAFAN MENZIARAHI JENAZAH


THE HEART OF AL-QURAN
GreenAppleKu : Coretan dari MISAHHARUN

Saya ingin berkongsi secebis pengalaman saya bersama anda semua. Sebelum Jun tahun 2001, kadang-kala saya tertinggal solat Subuh kerana tertidur dan buat solat pun sekadar untuk melepaskan kewajipan sahaja; tanpa adanya roh solat itu.
Saya tidak merasa seronok melakukan solat kerana diwajibkan dan terpaksa. Kalau solat itu tidak diwajibkan saya tidak akan lakukan. Saya tidak merasa indah dan manisnya beribadah kepada Allah.
Detik perubahan berlaku dalam hidup saya selepas Jun tahun 2001. Ceritanya begini, adik ipar saya telah meninggal dunia secara mengejut. Jenazahnya ditempatkan di bilik mayat di sebuah hospital untuk proses post mortem.
Sebelum proses itu bermula, saya pergi melihat jenazahnya di dalam peti yang kecil seorang diri.
Sekujur tubuh yang kaku terbujur sepi. Saya merenung dan muhasabah diri .Inilah kesudahan kita ke tempat yang sangat sempit.
Saya kembali ke rumah dan di sinilah bermulanya detik keinsafan. Allah menyayangi hambaNya dengan memberikan taufik dan hidayah kepada saya untuk berubah memperbaiki diri sendiri. Malam pertama saya balik ke rumah, Allah memudahkan saya untuk bangun pada pukul 2.00 pagi bagi mengerjakan solat taubat.
Saya menangis bersungguh-sungguh memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang saya telah lakukan. Sejak itu saya mengqada solat setakat yang termampu dan mengerjakan solat sunat rawatib. Saya juga dengan izin dan rahmat Allah mampu untuk bangun malam melakukan solat taubat,tahajud dan hajat serta membaca Quran.
Sebelum keinsafan ini datang, saya tidak pandai membaca al-Quran, tetapi selepas itu saya bertekad untuk belajar. Allah memberikan hidayah dan petunjuk serta mempermudahkan saya untuk mempelajari al-Quran.
Saya dengan mudah dapat membaca ayat-ayat al-Quran, yang sebelum ini saya tidak tahu membacanya.
Sejak itu jugalah saya tidak pernah tinggal solat wajib, sunat rawatib, bangun malam untuk bertahajud dan bermunajat kepada Allah. Dalam solat saya menangis. Air mata itu mengalir dengan sendirinya tanpa dipinta.
Baru kini saya merasa manisnya iman. Pola kehidupan saya turut berubah, saya sudah tidak berminat menonton program televisyen yang lagha atau yang tidak memberi ilmu atau manfaat. Saya suka membaca buku-buku agama. Sifat-sifat mazmumah yang ada dalam diri saya berjaya mengawalnya.
Kesimpulannya hati yang keras boleh dilembutkan dengan cara kita selalu menziarahi orang mati, kita akan sentiasa ingat mati. Semoga dengan cara ni Allah akan memberi taufik dan hidayahNya kepada kita untuk berubah ke arah yang lebih baik.
Jadi marilah kita berusaha untuk memohon taufik dan hidayah Allah semoga kita beroleh kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

FALL INTO A WAR???


Kata orang...

Berkawan biar seribu, berkasih biarlah setia pada yang satu. 

Yang paling utama 

MUSUH JANGAN DICARI..

PEACE

NO WAR!!!

Khamis, 28 Oktober 2010

ADA BERANI..CUBALAH..

HALLOWEEN is coming this week end! Have you found your Halloween make up yet ? 



Sorry, Malaysia tak sambut HALLOWEEN. Tapi semua ini hanya dengan sentuhan 'make-up'.










Mak engkau..!!??!!
Tengah-tengah malam kau make-up macam ni..
Ada berani..

Cubalah..

SEMAKIN MATANG BILA..



Coretan Ukhti izzah ini boleh di jadikan panduan untuk kita semak tahap ke' matangan' kita..

Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.
Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.
Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
(GreenAppleKu : He..he yang ini betul dan saya bahagia dengan hobi blogging saya..)
Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.
Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.
Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.
Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.

KANTOI DENGAN BOS?

Ini bukan bos saya..
Ha..ha..Pernah kena marah dengan bos atau kantoi dengan bos sebab 'tenet' tak? Ceritalah kat saya..kita sama-sama gelak dan ambil iktibar.

Hari ini 28hb OKTOBER 2010, Happy Birthday To My Bos, terima kasih sebab bulan ini ada bonus untuk Raya Haji.

MUCHAS GRACIAS FOR AWARD



Muchas Gracias!! Hari ini speaking 'SPANISH' kerana happy dapat award dari PUAN NORA. Thank you dan terima kasih. Namun saya mohon maaf kerana tiada berkesempatan untuk 'do the job' yang sepatutnya selepas mendapat award. 




Sebelum ini pun saya ada menerima award dari rakan-rakan blogger yang lain. Saya save 'award' dengan niat, later i do the job. Hingga ke hari ini, tak siap juga 'job' saya. So sorry my dear. Saya hargai award dari anda semua, so hari ini juga ruang 'award' telah siap di'create'. Semua award yang diterima, saya simpan di situ sebagai tanda Muchas Gracias saya untuk semua.
GreenAppleKu..



ARTIS SEKSI, KFC DAN BUANG BAYI


GreenAppleKu : PANASSSS...tajuk diatas, panas lagi karya Usop co-founder i luv islam..
Mat rempit, penagih dadah, bohsia, bohjan dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya kita labelkan mereka sebagai sampah masyarakat.
Golongan ini adalah bebanan kepada masyarakat dek kerana mereka ini kita ramalkan akan merosakkan masa depan negara.
Mungkin ada benarnya.
Namun ada satu lagi golongan perosak yang bermaharajelela.
Yang ini kita sanjung dan agung-agungkan. Yang ini sentiasa kita berikan layanan istimewa.
Senang cakap, inilah golongan artis yang ramai peminatnya.
Tidak dinafikan yang mungkin ada segolongan artis yang baik perilakunya namun ramai juga yang akhlak dan moralnya tidak ubah seperti bohjan dan bohsia di jalanan.
Ada yang kata tulisan ini sedikit keterlaluan jika kita labelkan artis seksi yang dedah sana sini samalah seperti pelacur murahan. Namun itulah hakikatnya.
Golongan seperti inilah yang membawa bencana besar kepada negara.
Tapi tiada siapa yang mengambil peduli, malah artis sebeginilah yang menjadi rebutan syarikat penerbitan. Pelarislah katakan.
Ada satu tugasan untuk anda.
Senaraikan 5 contoh restoran makanan segera yang ada di negara ini. 10 saat dari sekarang.
9
8
7
6
5
4
3
2
1
Pastinya dalam senarai saudara akan tercatat restoran seperti KFC dan McD. Jarang sekali tertulis Edlee Friend Chicken ataupun Sushi King.
Kenapa?
Kesimpulan mudahnya, hal ini terjadi kerana inilah antara dua buah restoran yang sering anda lihat sama ada di iklan mahupun di pasaraya-pasaraya.
Imej mereka yang selalu anda ulang-ulang dan akhirnya menjadi zikir dan pilihan anda sejak dari bangku sekolah lagi.
Nah, permainan kedua.
Dalam masa 10 saat, bayangkan imej gadis-gadis remaja kita.
Apa imej yang terbentuk difikiran anda? Yang bertudung litupkah? Atau yang selalu anda tonton dalam tv? Itu anda.
Bagaimana dengan anak-anak anda yang umurnya 7-8 tahun? Minta mereka bayangkan juga.
Wah mereka sudah sama hebat dengan anda. Imej yang sama tergambar dalam kotak fikiran mereka. Advance katakan.
24 jam melihat cerita-cerita yang menampilkan artis yang ketat dan sendat pakaiannya. Itu belum cerita aksi-aksi yang mengghairahkan.
Senang cerita, lama-kelamaan kebatilan itu sudah menjadi satu norma yang diterima masyarakat sekeliling.
Setakat adegan bercium itu sudah biasa sangat kita tonton.
Harus diingat, haram hukumnya melihat sesuatu yang mengghairahkan. Tidak kisah sama ada ianya manusia benar ataupun kartun.
Dek kerana itu, hari ini kita sudah menjadi acuh tak acuh dengan maksiat yang berlaku.
Maka tidak hairanlah kes buang bayi begitu rancak kedengaran.
Anehnya, pihak yang berkenaan terpinga-pinga mencari di manakah silapnya.
Benarlah kata pepatah melayu lama, kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata, tidak nampak.
Kehancuran sesuatu tamadun itu ada kaitannya dengan apa yang kaum itu lakukan. Malah dalam Al-Quran sudah jelas diterangkan kisah kaum Nuh a.s. dan Nabi Lut a.s.
Tapi kita yang dikatakan arif dalam ilmu sejarah kurang peka akan hal ini.
Biarpun sudah dinasihat berulang kali, namun nasihat itu kita bakul sampahkan.
Selagi tidak merasa pedihnya seksa, selagi itulah kita keras kepala.
Gula itu tidak tahu macam mana manisnya selagi lidah ini tidak merasakan?
Tulisan ini aku kira cukup jelas.
Tidak ada niat untuk menghina mana-mana pihak namun ini adalah nasihat dan teguran untuk semua.
Tidak ada musuh yang lebih merbahaya daripada musuh dalam selimut.
Kota Baghdad itu dihancurkan oleh tentera Mongol.
Namun yang membuka pintu kotanya adalah orang Baghdad sendiri.
Fikir-fikirkanlah wahai rakyat Malaysia.

NetKL Network

Catatan Popular