THINK TWICE ACT WISE SEBELUM GI TEMUDUGA.. - Eiza GreenAppleKu

THINK TWICE ACT WISE SEBELUM GI TEMUDUGA..



Tetamu : "Selamat petang. Saya datang untuk temuduga"

GreenAppleKu : "Selamat petang. Sila duduk..ehm temuduga untuk jawatan apa yer.."

Tetamu : "Aaa..jawatan T.A (Teknikal Asistant)"

GreenAppleKu : "Okay sila ikut saya."

Haluan saya ke bilik meeting. Setelah saya pastikan tetamu selesa duduk, saya pun mula menjalankan tugas seperti yang di arahkan oleh bos saya.

GreenAppleKu : " Okay, you kena jawap this IQ test dalam masa 5 minute. I akan datang collect this paper later. Good luck dear"

Memang muka adik tu cuak bercampur terkejut. Mungkin tidak di duga ada ujian. Saya sekadar mengikut arahan yang telah di tetapkan. Selepas 5 minit..

GreenAppleKu : " Sekarang ikut saya ke teknikal department. Awak akan di beri masa setengah jam untuk buat SKETCH-UP. Nanti staff kami akan beri tahu detail about which drawing yang you nak kena buat."

Tetamu : "Kena buat sketch-up ker Sis. Saya ingatkan temuduga macam biasa jer."

GreenAppleKu : " Ye kena buat. Prosuder biasa company, lagipun bila I go true your resume..sepatutnya you tiada masalah nak buat semua benda tu kan"

Selepas setengah jam, setelah hasil kerja berada di tangan saya dan Tetamu telah di arahkan ke bilik meeting semula, saya pun membawa semua kertas ujian ke bilik bos. Hampir setengah jam juga, tetamu di interview oleh bos saya.

Tetamu : "Okay Sis, terima kasih. Saya balik dahulu"

GreenAppleKu :" Sama-sama..ehm macam mana?"

Tetamu : "Saya nervous, lagipun dah lama saya tak buat skecth-up, ingat-ingat lupa. Tapi saya ada tunjukkan pada bos Sis profile hasil kerja saya. Ehm..kalau ada rezeki, adalah."

GreenAppleKu :" Yes, betul tu. Kalau dah rezeki kita, tidak kemana."

Keesokkan harinya, atas meja saya ada note.

PLEASE CALL THIS PERSON, KITA TIDAK JADI AMBIL DIA. UJIAN IQ OKAY. SKECTH-UP HANCUR. RESUME MEMANG VERY INTERESTING BUT..YOU TENGOK SENDIRILAH.

Note GreenAppleKu : Kepada yang akan menghadiri temuduga tidak kiralah jawatan apa yang anda mohon, please be prepared. Jangan resume sahaja tip-top tapi hasilnya hancur. Tidak ada istilah gementar ker, gugup ker, apatah lagi malu. Kalau betullah kebolehan anda dan bakat anda seperti yang tertera di 'resume', tidak kah satu kerugian sebab anda telah terlepas peluang mendapat kerja. Sekarang susah nak cari kerja.

Tiada ulasan

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.