My Instagram

RAYA 2010..GreenAppleKu..

4 hari GreenAppleKu bercuti (tiada entri terbaru) sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri. Sehari sebelum raya, sibuk mengemas rumah dan menolong family membuat persiapan raya. Tolong masak rendang, rebus ketupat, hias rumah, seterika baju raya anak dan masukkan duit raya ke dalam sampul. Letih memang letih tapi kena buat. Sebab itulah bila tidur terus lelap walaupun bunyi bunga api dan mercun berkumandang sepanjang malam raya. Boleh kena heart attack di buatnya, namun dek kerana dah letih..ehm..zzzzzzzz.


Dipagi raya, selepas sahaja selesai sembahyang sunat hari raya, rumah kedua ibubapaku mula menerima kunjungan tetamu. Dan bermula dari detik itu, tetamu yang hadir tidak putus hinggalah ke petang. Kehadiran kanak-kanak yang datang beraya semata-mata untuk kutip duit raya, menambahkan ke'busy'an di hari raya pertama. Tidak menang tangan dibuatnya.


Lewat petang, saya sekeluarga bersama kedua ibubapaku berkunjung ke rumah arwah nenek. Di situlah kebiasaannya kami berkumpul. Jika hendak jumpa sepupu sepapat, mak long pak long, inilah destinasinya setiap tahun. Yang dari luar negara pun, jika berpeluang bercuti di Malaysia, dah tahu mana nak cari keluarga di hari raya ini. Faedahnya, dapat jimat masa dan duit petrol. Boleh borak lama-lama dan buat sesi fotografi dalam suasana santai. Tidak perlu mengejar masa dan mengharungi kesesakkan jalan raya.


Masa untuk mengira duit raya anak-anak..

2 ulasan

diriku berkata...

salam aidilfitri =] banyak ke wt kuih..he2

Green Apple berkata...

Salam aidilfitri buat awak juga..tahun ni buat kuih tunjuk jer..awak berapa balang kuih raya tahun ni?