"Pewangi atau wangian sangat besar manfaatnya bagi otak, hati dan seluruh anggota batin. Keharumannya dapat mengirangkan hati dan menyenangkan jiwa. Wangian juga merupakan makanan roh, sedang roh itu adalah pemberi kekuatan jasad, dan kekuatan bertambah dengan wangi-wangian."


"Wangian mempunyai khasiat dan para malaikat amat menyukainya manakala syaitan amat membencinya. Ini kerana syaitan amat menyukai bau busuk dan menjijikkan. Roh yang baik akan menyukai bau yang wangi. Adapun roh yang jahat pula akan menyukai bau yang busuk. Setiap roh akan cenderung kepada bau yang sesuai dengannya. Mencakupi segala perkara, samada perbuatan, ucapan, makanan, pakaian dan haruman."


ANTARA FAEDAH MEMAKAI WANGIAN
  • Menyegarkan diri dan meransang minda
  • Memberi ketenangan dan ketenteraman jiwa
  • Wangian sangat di sukai Allah, para malaikat, para rasul dan orang soleh. Sabda Rasullah s.a.w yang bermaksud "Empat perkara daripada sunah para rasul; perasaan malu,memakai wangian,bersiwak dan bernikah"
  • Menghindari daripada syaitan kerana syaitan amat tidak menyukai bau wangi sebaliknya suka bau busuk
GreenAppleKu : PASTIKAN WANGIAN ANDA BOLEH DIBAWA SOLAT.

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama