My Instagram

SEMPENA RAMADHAN INI..AKTIFKAN DIRIMU DENGAN DOA!!



Ramadhan bulan untuk kita mengumpul pahala sebanyak yang boleh. Ada orang yang sudah plan, apa yang hendak di buat sepanjang bulan Ramadhan selain berpuasa. Ada yang berazam untuk sembahyang sunat terawih sepanjang bulan Ramadhan. Tak nak tinggal satu hari pun! Ada yang berniat untuk banyakkan bersedekah. Ada juga yang berniat untuk habiskan satu juzuk Al-Quran. Ada juga yang berniat untuk banyakkan berdoa. Penulisan Tuan Pahrol Mohamad Juoi saya rujuk dan katanya..


"Kita berdoa bukan untuk memberitahu Allah apa yang kita pinta, kerana tanpa diberitahu pun Allah sedia mengetahui segala sesuatu. Allah Maha mengetahui segala apa yang kita zahirkan mahupun apa yang kita sembunyikan."


Jadi perlu apa lagi kita berdoa?
Berdoa sebenarnya adalah satu tugas pengabadian. Dengan berdoa kita mengakui kelemahan, kemiskinan, kehinaan, kejahilan dan lain-lain sifat kehambaan kita di sisi-Nya. Doa adalah untuk membuktikan sifat kehambaan kita di hadapan Allah s.w.t. Sebagai hamba kita memerlukan Allah lebih daripada segala-galanya dalam hidup ini. Dan sebagai hamba kita wajib memuliakan Allah setiap masa. Inilah hakikat doa.


Firman Allah (Surah Ghafir 40:60) "Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembah-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina-dina."


Mengapa doa penting?
  • Mengekalkan hubungan dengan Allah setiap masa.
  • Keupayaan melakukan perubahan ke arah kebaikan secara berterusan.
  • Didampingi oleh Malaikat dan Menghalau syaitan.
  • Membentangkan masalah dengan jelas dan tuntas.
  • Melahirkan rasa berkongsi menghadapi sebarang kebuntuan(tempat mengadu).
  • Mengaktifkan diri untuk berusaha.
  • Menghindarkan daripada penyakit fizikal (kerisauan, ketakutan, kebencian serta kemurungan yang semakin menular dalam kehidupan manusia masa kini).

3 ulasan

FaizalSulaiman berkata...

selamat berpuasa cik epal hijau

Green Apple berkata...

Thanks you dan jangan malas bangun sahur supaya anda sentiasa aktif dan cergas utk blog walking..

Hariz berkata...

Marhaban..Marhaban...Ya Ramadhan...
Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dapat menambahkan barakah dalam hidup kita
dan menjadi ramadhan yang terbaik dalam hidup
InsyaAllah
AHLAN wa sahlan ya Ramadan! Ramadhan Karim

New Entry Prof-Hariz
Video Lafaz Niat Puasa dan Berbuka Puasa