My Instagram

PERCAYA ILMU BINTANG

Allah menjadikan bintang untuk tiga tujuan, iaitu sebagai perhiasan langit, perejam syaitan dan pedoman arah tuju. Barangsiapa yang mentakwilkannya kepada selain tiga tujuan itu maka ia telah melakukan kesalahan dan mensia-siakan usahanya serta membebankan dirinya dengan sesuatu yang dia tidak tahu.

Rasulullah s.a.w melarang ilmu perbintangan tersebut di dalam sabdanya:

"Barangsiapa yang mengambil panduan satu cabang daripada ilmu perbintangan maka itu bermakna ia telah mengambil satu cabang daripada ilmu sihir dan bertambah selama ia bertambah"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah)

Dalam bentuk moden, jenis kesyirikan ini boleh berlaku apabila ada individu yang kerap dan suka menilik bintang kelahirannya seperti Leo, Capricon, Sagittarius dan lain-lain. Maka dirujuknya apakah yang akan berlaku kepada dirinya pada hari ini. Inilah bentuk virus yang akan merosakkan akidah umat Islam.

2 ulasan

FaizalSulaiman berkata...

betul tu.nak2 yg baca horoskop tu.huhu

Green Apple berkata...

Bila horoskop kata hari ni akan gaduh atau pun pisah ngan boyfriend..mulalah semua kerja yg hendak d buat menjadi tidak tentu arah. Padahal si boyfriend tu..okay jer..tak ker haru biru di buatnya.