My Instagram

PEMBAWA KEPADA PERZINAAN

Merujuk kepada keratan akhbar hari ini, pesalah kes buang bayi kini berdepan dengan hukuman lebih berat termasuk hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. Kabinet telah memutuskan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan, diklasifikasikan sebagai kes bunuh.


Melihat kepada kes pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, yang menjadi budaya di zaman kita seolah-olah berada pada zaman jahiliah, saya bersetuju dengan hukuman diatas. Biar pesalah merasa apa yang di rasa oleh mangsa (bayi) disaat-saat akhir menghadapi kematian.


Menurut Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. antara faktor-faktor yang membawa kepada perzinaan, penyebab kepada hamil diluar nikah dan akhirnya kes buang bayi.


Pertama : Pandangan Mata
Inilah yang harus kita jaga sebelum yang lainnya. Hal ini mengingatkan bahawa orang yang tidak mampu mengendalikan pandangan matanya akan membawa kebawah (syahwat atau berzina) iaitu akan menimbulkan kerosakkan yang diakibatkan keinginan untuk berzina.


Kedua : Keinginan Hati
Maksud keinginan itu merupakan kekuatan terhadap cita-cita dan dorongan ke arah tindakan positif atau negatif. Oleh yang demikian, orang yang tidak mampu memiliki keinginan tidak akan berjaya menggapai cita-citanya sehingga hidupnya tidak bererti bagaikan kapal tanpa nakhoda. Sesiapa yang mampu menjaga keinginannya untuk kebaikkan nayatalah dia mampu mengendali dirinya, menahan hawa nafsunya dan menghindarkan diri drpd keburukan, kehancuran dan kebinasaan.


Ketiga : Dorangan Akal Fikiran
Dorangan atau keinginan yang mendorong akal fikiran tidak akan melebihi keinginan yang ada dalam hati sanubari. Oleh yang demikian, datangnya syariat, datangnya kemaslahatan dunia dan akhirat hanya bergantung kpd keinginan akal fikiran. Semakin agung dan tinggi akal fikiran, semakin sempurna dan berguna kehidupan seseorang.


Keempat : Mengikut Hawa Nafsu
Allah s.w.t menyusun jiwa manusia kepada dua bahagian:
1. Nafsu ammarah iaitu nafsu yang selalu mengajak kpd keburukan.
2. Nafsu mutma'innah iaitu nafsu yang selalu mengajak kepada kedamaian.
Kedua-duanya dapat dirasakan jika seseorang telah melalui dan merasakannya. Ramai manusia yang terlena, baik nafsu ammarah mahupun nafsu mutma'innah, akan tetapi nafsu ammarah lebih cenderung kepada keburukan kerana ia mudah memujuk manusia. Sedangkan nafsu mutma'innah akan terasa nikmat apabila pelakunya membiasakan diri dengan memaksa jiwanya untuk mengingati jalan yang lurus.


Kelima : Pergaulan Bebas
Faktor ini banyak menyumbang ke arah berlakunya perzinaan. Ia bermula dari peringkat sekolah hingga ke peringkat universiti dan ketika bekerja. Jika tidak menjaga batasan aurat serta tutur kata boleh menyumbang ke arah berlakunya perzinaan.


Keenam : Berkhalwat atau Berdua-Duaan
Hal ini menyumbang kepada timbulnya nafsu berahi kerana sering bertemu.


Ketujuh : Pengaruh Media Massa
Antara sebab yang membawa kepada penyelewengan anak serta keruntuhan akhlak, antaranya :
  • Seorang bapa yang membenarkan anak-anaknya menonton filem-filem cinta yang boleh membawa kepada kelunturan akhlak serta penyelewengan. Di samping tayangan filem penyiasatan polis yang menggalakkan jenayah dengan kesan-kesannya boleh merosakkan orang dewasa, lebih-lebih lagi anak-anak. Pasti seorang bapa seperti ini tanpa disedari mencampakkan anak-anaknya ke lembah kehinaan yang akan menghancurkan serta menjahanamkan mereka.
  • Seorang bapa yang membiarkan anak-anaknya menonton televisyen yang penuh dengan gambaran yang membangkitkan naluri dan nafsu syahwat, drama atau filem lucah dan tidak sopan, sudah pasti anak-anak akan terdidik dengan sifat tidak berperibadian dan akan dibiasakan dengan sifat-sifat terbuka tanpa pegangan. Keadaan ini akan menyebabkan kehilangan segala pengertian kemuliaan dan peradaban Islam yang mulia.
Iman al-Bukhari menceritakan bahawa perbuatan zina adalah sehina-hina perbuatan bagi manusia kerana perbuatan itu menyebabkan kebinasaan dan kehancuran. Kesan di dunia ini menyebabkan seksa yang sangat pedih dan penderitaan akhirat yang tidak ada batasnya.

Semoga kita dan keturunan kita di pelihara daripada bala zina ini.

7 ulasan

FaizalSulaiman berkata...

couldn't agree more!

ms sz berkata...

info yang menarik.tq for sharing.masalah pembuangan bayi dan aktiviti maksiat sedang berleluasa pada masa sekarang, seolah2 dizaman jahiliah.

najib berkata...

skong kes buang bayi hukuman mati.kalau boleh siarkan jer muka pasangan yang buang bayi kat paper.biar orang tahu

Green Apple berkata...

Hope dengan adanya hukuman tersebut, tiada lagi bayi yang dibuang. Kesian sgt sebab bayi tu memang tidak berdaya ketika baru di lahirkan ke dunia..ada yang tergamak gi buang lak..mcm buang sampah jer..

jkr berkata...

kembali sunah nabi.kuatkuasa hukum hudud

touyakaruma berkata...

Kesimpulannya

Dari MATA turun ke HATI , guna AKAL ajak awek untuk puaskan NAFSU dengan PERGAULAN BEBAS atau BERKHALWAT alah takder masalah kat MEDIA MASA selalu tunjuk .

http://touyakaruma.com/blog/

Green Apple berkata...

Tq for the kesimpulan..