Takkanlah apa yer..Bak kata Nabil..Lu fikirlah sendiri..haha confirm ada yang marah dengan saya. Janganlah marah, just joke di hari selasa nan indah. Entri kali ini..cinta antara benua. Malaysia dan luar negara. Tidak kiralah dari negara mana. Yang pasti luar dari Malaysia.


Disuatu hari dalam suasana majlis kenduri kahwin, tengah saya sedap menikmati nasi minyak berlaukkan ayam masak merah..mood makan saya terganggu seketika dek terdengar sembang-sembang makcik di meja sebelah saya.


"Anak kamu dengan si xxx (nama terpaksa di x kan) bila pula kendurinya..kawan lama-lama pun tidak manis dipandang orang"


"Ish..anak aku takder jodoh dengan si xxx tu. Iyalah jodoh tu kan kerja Tuhan. Sekarang ni berkawan dengan si @#. Insyaallah, kalau jadi..bermenantukan orang luar negara." Dengan penuh bangga lagi gembira si ibu bercerita. Senyuman tidak lekang di bibir. Berseri. Sama naik serinya dengan rantai leher yang di pakai. Biasalah, waktu kenduri kendara ni lah, saya rasa dah macam pameran barang kemas. Masing-masing pamerkan koleksi emas hak milik sendiri. 


"Baru minggu lepas, anak aku balik dari tutttttt..... Si @# beriya hendak bawa balik bakal isteri tunjuk dekat keluarga dia" sambung makcik tersebut lagi.


Saya yang baru hendak menikmati air sirap, rasa hendak tersedak. Mak aihh..beraninya, advancenya keluarga ini. Kalau dalam Malaysia, tidak lah risau sangat. Ni luar negara..saya ulang luar negara. Dan that is the first time, anak makcik tersebut ke luar negara bersama orang yang belum lagi menjadi bakal suami. Kalaulah tidak dapat balik ke Malaysia lagi..macam mana? Agaknya, kes-kes lari ke Lombok beginilah permulaan ceritanya yer.


Pendapat saya..kalau setakat hendak berkenalan dengan keluarga bakal mertua ni..banyak lagi cara lain. Web cam ker..ish banyak lagi. Tidak pun minta jer pihak keluarga lelaki datang bercuti ke Malaysia sebab kita ni wanita. Ini sekadar pendapat saya. Lain orang lain pula pendapatnya. Dan buat kaum ibu, janganlah terlalu happy untuk bermenantukan menantu luar negara. Keselamatan anak yang lebih utama. Biarlah semuanya berakhir dengan selamat dan happy ending.

5 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. Mak aih, kalau mak aku..
    mahu ke semenanjung saja setengah mati pujuk..
    apatah lagi ke Los Angeles..
    ahahaha..

    hai..
    donia donia..

    BalasPadam
  2. Samalah cam saya..siap kena ada surat tunjuk sebab..if yg berkaitan dengan lelaki..confirm reject.

    BalasPadam
  3. Tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian..always thinks twice..cantik gambar..

    BalasPadam
  4. hmm..mesti lelaki tu bukan ahli musik..kotidak takkan makcik tu kasi ikut dak?? huhuuu..makcik..makcik..

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama