VERY CUTE AND SWEET 4 TWINS.. - Eiza GreenAppleKu

VERY CUTE AND SWEET 4 TWINS..



Terhibur hati ini melihat gelagat kembar empat ni ketawa. Yang di atas mama dia, ketawa sampai merah muka. Yang atas perut tu, releks jer..

Anak adalah amanah Allah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Ianya adalah anugerah Allah kepada kita sebagai perhiasan yang menyenangkan mata dan jiwa. Pada masa yang sama ianya berbentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan diuruskan sebagaimana garis panduan yang telah ditetapkan oleh tuannya iaitu Allah Taala.

Harta dan rezeki yang dibelanjakan untuk kehidupan anak-anak telah ditentukan oleh Allah. Walaupun secara langsung ianya dilihat keluar dari poket ibu bapa yang sekali imbas dilihat boleh mengurangkan harta. Tetapi harta yang dibelanjakan ini akan diganti oleh Allah Taala dalam bentuk lain seperti ketenangan jiwa, kasih sayang dan sebagainya. Apa yang lebih penting ialah perbelanjaan tadi dikira mendapat pahala kerana menjalankan tugas menjaga amanah Allah.

Mempunyai anak yang ramai memang bahagia walaupun terpaksa banyak bersabar dengan perlbagai karenah mereka. Apa yang lebih mencabar lagi ialah melaksanakan panduan Rasulullah :

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan suci bersih. Ibubapanya lah yang akan mencorak pemikiran dan cara hidupnya sebagai Yahudi, Kristian atau majusi”

Ketiga-tiga corak aqidah ini yang telah diingatkan oleh Rasulullah wajib dihindarkan dari anak-anak kita. Pastinya tanggungjawab kita ialah mencorak pemikiran anak kita dengan aqidah Islam dan berupaya menjalankan kehidupan dibumi ini sebagaimana yang dikehandaki Oleh Allah dan Rasulnya.

Pastikan pemikiran anak kita diwarnai dengan corak Islam seterusnya dapat menjalankan tugas khalifah mengurus kehidupan di dunia ini sebagaimana yang digariskan oleh Allah Taala. Cukuplah kita membiarkan bumi ini dikuasai oleh mereka yang engkar kepada Allah dan Rasulnya…

3 ulasan

Nora Sayang berkata...

betul tu..anak adalah anugerah..bagaimana kehadiran nya..mereka tetap suci dan bersih..tetibe emosi..

Green Apple berkata...

Btul komen Nora tu..knp emosi lak ni..walau apa pun ujian yg hadir, hidup harus diteruskan..kena happy untuk anak-anak..

UglyPooh berkata...

comel kn...xsabar nk dpt baby

GreenAppleKu.com. Dikuasakan oleh Blogger.