My Instagram

BERITA SAHIH..RIBENA ADA KANDUNGAN ARAK??


Tuesday, July 27, 2010 at 2:31am
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 
'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi

8 ulasan

Shafika Syuhada Rosli berkata...

ohh.. ribena .

Affan Ruslan berkata...

Salam.
Thanks untuk info ni.
Tapi untuk Malaysia mungkin lain kot, sekadar pendapat. Wallahu'alam

Memang kalau compare, antara komposisi brngn luar negara dgn Malaysia blh berubah untuk produk yg sama. Alhamdulillah, saya belajar di Kanada, dan rasanya pernah jumpa benda2 yang ada bhn2 yg tidak boleh dimakan, walaupun di Malaysia halal. Tapi tak ingat pulak makanan apa, tapi rasanya ada kalau tak silap.

*tapi mmg sepatutnya disenaraikan walaupun sedikit, contoh minumam tenaga di sini pun senaraikan bahan2 die walaupun byk berjela2 kt tin tu. huhu

papabear berkata...

ribena malaysia buat kat malaysia... sama ke... kena lah siasat dulu ya... :P

FaizalSulaiman berkata...

harap2 taklah untuk malaysia.dahlah shedap:)

UglyPooh berkata...

oh...kena tanya JAKIM la kan. siapa nk tanya?

Yoa Ngadenin berkata...

alamak..my kids sume big fans of ribena. dah berbotol abis..camne nih

Green Apple berkata...

Buat semua yang hantar komen, thanks geng..rasanya JAKIM dah buat kerja mereka untuk pengilang dan pengeluar REBINA di Malaysia. Jangan buat naya kepada umat Islam. If yer ada, please tulis. Kita boleh cari minuman lain kan.

Nora Sayang berkata...

saya peminat ribena..dulu ade gak angin2. tp tawakal je, coz sy belajar food tech n tgok kandungan tiada yg meragukan.tup2 sekrg ni anak addict..tetibe ade plak artikel ni..huhu..terfikir gak..mcmanana ek..