Salam ceria dan salam jumaat buat anda semua. Buat jejaka nan hensem lagi macho, jangan lupa solat jumaat semoga bertambahlah kehenseman anda hendaknya. Topik ini, dah pernah wujud tapi lost somewhere semasa ubahsuai blog di lakukan. Ada 1 komen, dari shamsul..katanya jgn terlalu mengikut perasaan..Saya setuju ngan komen u tu shamsul. Apa2 yg kita buat, think twice dan jgn terlalu mengikut perasaan.

Soalan:

Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?



Jawapan:

Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.
Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:

1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk. Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seksi di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.

Alasan-alasan di atas adalah alas an yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.

2 Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

  1. www.greenappleku.com is amazing, bookmarked!

    [url=http://www.buzzfeed.com/bookie/unlock-samsung-blackberry-nokia-lg-motorola-an-39dn]unlock motorola[/url]

    BalasPadam
  2. alasan dari sudut biological tak menjawab persoalan di hati tambahan zaman sekarang pelbagai kaedah boleh dibuat untuk mengenalpasti zuriat misalnya ujian DNA dan terdapat pula pelbagai kaedah pencegahan penyakit. Rencana Allah lebih dari sekadar alasan itu. wanita memerlukan alasan yg lebih jelas dan jernih bagi mengelakkan buruk sangka kepada Allah. sekarang ulasan/komen..apapun terima kasih atas perkongsian.. :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama