Selasa, 29 Jun 2010

ANTARA MENYINTAI VS MEMILIKI..




Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!

Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.

Jila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!

Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.

Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kasihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!


“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.

Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?

Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.

Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.

Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?

Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapa pun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermin siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!

Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.

Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.

Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!

Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.

Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.

Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!



Inspirasi ilham : Ustaz Pahrol Mohd Juoi..


Say: “If you love Allah, Follow me: Allah will love you and forgive your sins:
For Allah is Oft-Forgiving, Most Merciful.” (Al-Baqarah:31)

God understands our prayers even when we can’t find the words to say them. ~Author Unknown

-ALLAH’S LOVE NEVER FAILS!-











MENDAKI GUNUNG KINABALU..ADA FAEDAH..ADA ADAB..

Jika berkesempatan dan kena pula cuaca baik pada cuti hujung minggu, saya suka melakukan aktiviti outdoor bersama anak-anak. Memandangkan anak-anak saya masih kecil, maka aktiviti yang dirancang mestilah bersesuaian dengan tahap umur mereka. Namun jika diberi kesempatan, suatu hari nanti saya ingin melakukan aktiviti mendaki gunung bersama kesemua anak-anak saya. Insyaallah.


Antara faedah mendaki gunung kita dapat melihat serta menghayati keajaiban dan kebesaran Allah s.w.t. Aktiviti ini juga baik untuk kesihatan fizikal tubuh badan, seperti kelancaran perjalanan darah, sistem saraf, pembinaan otot-otot, tulang dan sendi. Menguji daya tahan yang tinggi, keberanian diri, daya juang untuk sampai kepada matlamat dan latihan survival. Meningkatkan motivasi, keyakinan dan disiplin diri. Mempratikkan konsep kerjasama (teamwork) dalam kumpulan. Melatih diri supaya peka dan menghargai serta menjaga alam sekitar daripada pencemaran.



Untuk merealisasikan pendakian ini, kita perlu melaksanakan beberapa aktiviti:
  • Persiapkan diri lahir dan batin sebelum memutuskan untuk menyertai aktiviti ini. 
  • Bersenam ringan sebelum memulakan pendakian. 
  • Makan pagi dengan sebaiknya untuk mendapatkan bekalan tenaga yang mencukupi. 
  • Bawa kamera untuk mengabadikan gambar. 
  • Solat Zuhur dan Asar jamak takdim berjemaah (jika perjalanan melebihi 2 marhalah)
  • Bawa barang keperluan sendiri, jangan membebankan orang lain. 
  • Bawa makanan dan perubatan seperti minyak angin, balm, minyak kuda atau minyak panas.
  • Bawa air untuk berwuduk. 
  • Kongsi makanan bersama rakan. 
  • Bergerak dalam kumpulan dan taat kepada arahan ketua kumpulan. 
  • Tepati masa dan gunakan masa dengan sebaiknya. 

Barangan dan peralatan tambahan yang boleh membantu dalam pendakian ialah kasut yang sesuai, beg sandang belakang yang sesuai, tali, pisau atau parang kecil, lampu suluh,telefon bimbit dengan bateri yang mencukupi, kompas dan peta lokasi, makanan tambahan yang boleh memberi tenaga segera, cermin mata hitam dan baju hujan.
Adab-adab mendaki; 
  • Jangan memanjat gunung seorang diri. 
  • Jangan cakap lepas, sombong, takabbur dan bercakap besar. 
  • Jangan buang air kecil atau besar di pangkal pokok atau di tempat air bertakung kerana tempat ini sering menjadi kediaman makhluk lain seperti serangga, haiwan hutan atau makhluk jin. 
  • Jangan bergurau berlebihan. 
  • Jangan melakukan maksiat. 
  • Jangan berpisah daripada kumpulan. 
  • Jangan berdiri dan bergurau di tebing yang curam. 
  • Jangan tinggalkan sampah sepanjang perjalanan. Kutip sampah dan bawa turun. 
  • Jangan mengambil barangan sembarangan dari dalam hutan seperti batu-batuan, flora atau fauna. 
  • Jangan mementingkan diri sendiri. 
  • Tunggu ahli yang terakhir ketika naik dan turun. 
  • Bawa bersama ahli yang cedera, sakit atau pengsan.


Semoga anda dapat menikmati Tadabbur Alam di Puncak Gunung..




Isnin, 28 Jun 2010

JOM JADI PENDENGAR YANG BAIK..


Hari ni camna lak boleh tertinggal 'pendrive' yang padat dengan artikel untuk blog. Ehm..termenung sejenak sambil memikirkan alternatif penyelesaian masalah hari ni. Hasil blog visit..terjumpa gentarasa.com. This is something to share with all my friends..

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya.

Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya. Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi: “Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.” Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar. Mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum. Dengan mendengar ertinya kita memberi telinga, mata dan hati.

Orang yang mendengar sebenarnya adalah orang yang “memberi”… Bukankah cinta itu bererti memberi? Memberi kasih-sayang, perhatian dan perlindungan. Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar.

Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain. Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai: “Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa? Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar.

Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri! Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri).

Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata. Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “ sami’“. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu.

Allah bersedia mendengarnya bila-bila masa sahaja. Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak. Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya.

Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba. Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya.

Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya. Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita.

Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu… Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan.

Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap ingin mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan. Pesanku untuk ku dan untuk mu… jangan biarkan mulut menjadikan telinga kita menjadi tuli!

Khamis, 24 Jun 2010

IYA KER AKU NAMPAK HANTU..PART 1

Salam sejahtera dan luar biasa hebat. Saya suka guna ayat luar biasa hebat sebagai motivasi diri untuk menjalankan tugas seharian sebaik mungkin. Ayat tersebut saya pinjam dari pakar motivasi tersohor, Dr. HM Tuah Iskandar al-HAJ..
                                                                     Anda luar biasa hebat..

Sambil kami menikmati makan pagi..ni kes tak sempat breakfast kat rumah..take away dan makan kat office jer..port kami, bilik meeting, entah ler macam mana terkeluar pula topik cerita hantu. Semuanya berdasarkan kisah benar. Berikut adalah ceritanya..

Lokasi : Tempat letak kereta, apartment.

Jam sudah melepasi angka 9.00malam. Suasana sekitar kawasan tempat letak kereta apartment agak sejuk pada malam itu. Disertai dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Maklumlah selepas seharian hujan. Kelihatan kelibat 2 orang pemuda yang baru keluar dari kereta. Di belakang tergalas backpack, dah ler tu masing-masing membawa beberapa kotak hadiah sebesar pemeluk, dengan payahnya mereka berjalan menaiki tangga ke tingkat 2. Ketika tuan rumah sedang bersusah payah membuka pintu rumah..

Aunty cantik : "Wah..banyak hadiah. Birthday give ker.."
Tegur jiran sebelah yang berbangsa cina dengan ramah sekali.
Tuan rumah : "Bukan hadiah birthday ler aunty. Hadiah kahwin ni."
Aunty cantik : "Yer ker..bila you kahwin" 

Nampak sangat orang sekarang suka buat hal masing-masing. Sampai jiran kahwin pun tak tahu. Esok-esok bila nampak ada perempuan keluar masuk rumah, mula ler syak yang bukan-bukan. Pada hal mereka itu adalah suami isteri yang sah.

Tuan rumah : "Last week..kenduri di Kelantan, kampung my wife. Ini I baru sampai from Kelantan. Bawa balik hadiah dahulu sebab banyak sangat. Secara kebetulan pula my wife tak sihat. So tinggal dia kat kampung. Nanti I pergi ambil dia. Cuti masih panjang lagi."
Aunty cantik : "Eh..lu biar betul. Semalam aunty tengok rumah you cerah. Aunty ingat you ada di rumah". Riak wajah Aunty tu memang terkejut dan cuak gila.
Tuan rumah : "Aunty silap tengok ni. Seriously I baru balik hari ni." Tuan rumah mula rasa tidak sedap hati dan macam-macam rasa lagi. Dia tahu Aunty ni bukan nak create story berdasarkan reaksi spontan wajah Aunty tersebut.
Antara reaksi wajah Aunty cantik yang terkejut..eh takkan saya silap tengok..if bukan you..siapa di dalam rumah tu..

Aunty cantik : "Yer lor..maybe I silap lihat lor. Selamat pengantin baru ya." 
Tuan rumah : "Thank you. I masuk dahulu. Mau rehat. Letih lor..drive jauh. Nasib baik ada kawan mahu teman."
Aunty cantik : "Okay la..eh you jangan fikir apa-apa ya. Aunty silap tengok ni." Aunty tu cuba untuk sedapkan hati tuan rumah yang sebenarnya tengah gedebuk gedebak rentak jantungnya.

Berlatar belakangkan muzik seram..pintu rumah dibuka. Gelap gila. Suis lampu ruang tamu di hidupkan dan ketika itulah rakan kepada tuan rumah ternampak ada bebayang sepantas kilat  berlari masuk ke bilik tuan rumah. Tapi memandangkan tuan rumah masih berasa didalam keadaan cuak, macam nak percaya atau tak jer dengan cerita Aunty cantik tadi..dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri. Macam cerita Jangan Pandang Belakang ler pula intro cerita ni.

Akan bersambung ke part 2 sebab dah time nak balik ni. If lewat, jem pula jalan. Harap tidak ada yang marah sebab lately ni memang keadaan tidak mengizinkan untuk saya menulis. Banyak kerja yang urgent. But saya cari juga masa untuk menulis sebab saya suka menulis.


Rabu, 23 Jun 2010

LIFE IS FULL OF SURPRISE BECAUSE..



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tidak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TIDAK SELAMANYA KEKAL. 



Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Hari esokpun kita sendiri tidak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.. 


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA

Isnin, 21 Jun 2010

INGAT NIKMAT..INGAT PEMBERI NIKMAT..




Minggu pertama hari persekolahan selepas cuti selama 2 minggu, di mulai dengan hujan lebat di awal pagi. Sejuk, basah, banjir dan jem. Perjalanan saya ke tempat kerja yang biasanya 15 minit perjalanan, menjadi setengah jam. Memang releks betul pemanduan di pagi yang penuh rahmat ini. Sambil melayan 'jem'..motivasi pagi, life dari radio IKIM, saya mendapat sesuatu untuk kita renung bersama.


Diantara dua gambar diatas, yang mana satu dapat memberi ketenangan yer? 
Kata penceramah tersebut, kita akan mendapat ketenangan dengan mendekatkan diri kita kepada sesuatu yang dekat dengan Allah. 


Apa itu dosa? 


Dosa itu adalah sesuatu yang akan meresahkan hati kita. Ada empat peringkat dosa.


Peringkat pertama ; Saat kita melakukan dosa, kita berasa resah, gelisah, bersalah dan menyesal. Seharusnya kita terus bertaubat.


Peringkat Kedua ; Apabila kita sudah berasa biasa dengan dosa. 


Peringkat Ketiga ; Apabila kita sudah berasa seronok dan manis dengan dosa. Racun sudah kita rasa sebagai penawar. (Peringkat bahaya)


Peringkat Keempat ; Kita menjadi pembela dan penegak dosa.


Kalau di baca dari sudut kesihatan, kalau tahap penyakit kita berada di peringkat keempat tu..orang kata memang sudah tiada harapan. Jadi, apa pendapat anda.

Jumaat, 18 Jun 2010

MUZIK?..AWAS!, JANGAN SAMPAI LUPA DIRI..




Sesi pengajian untuk AF8 telah ditutup. Shahir telah dinobatkan sebagai best student. Tahniah! sebab menang dan hensem. Kebahagian dalam perpisahan, lagu ciptaan KRU (mentor business saya ni..) sedang rancak di putarkan di era fm, hot fm, suria fm, muzik fm, dan yang lain-lain.

Itu baru AF. Ada Mentor, Jangan Lupa Lirik, Muzik-Muzik, Malaysian Idol, Tom-tom Bak dan banyak lagi sebenarnya dan semuanya best-best belaka.

Kita mendengar muzik untuk melapangkan jiwa yang sedang berserabut dan ingin mencari ketenangan. Ada juga yang mendapat idea apabila mendengar muzik. Sambil ulangkaji pun dengar muzik. Apa hukum jenis muzik dan alatnya ya? Ada yang menyatakan haram dan ada yang menyatakan harus.

Merujuk kepada pandangan dan pendapat Imam Al-Ghazali, hukum mendengar lagu ada lima iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram. Dan beliau telah mengklasifikasikan lagu kepada tujuh jenis antaranya :



  • Lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah.  
  • Mengobarkan semangat berjuang untuk mempertahankan akidah dan negara. 
  • Menceritakan pertarungan dan sikap kelakian yang pantang mengalah disaat-saat genting. 
  • Lagu yang mengingatkan diri terhadap hakikat hidup yang sebenar. 
  • Menceritakan keadaan ketika rela dan sukacita untuk menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya selama mungkin. 
  • Lagu bercorak ghazal yang sopan seperti kisah cinta dan membayangkan harapan untuk bertemu serta pertautan yang lebih erat di masa akan datang. 
  • Lagu yang menceritakan sifat Allah, memuji serta bertahmid diatas kebesaranNya. 

So, menjadi kewajiban pendengar menjauhi nyanyian yang boleh mendorong ke arah kejahatan, melalaikan dan leka untuk mengerjakan ibadah agar dapat memelihara diri dan agama. Nak dengar muzik, dengarlah tapi jangan sampai terbarai kewajiban yang betul-betul wajib. Apa lagi kalau bukan sembahyang.

Rabu, 16 Jun 2010

ANDA TIDAK BODOH, BENGAP, BANGANG…




Hari ini manusia di ukur dengan kecemerlangan akademik. Jika tidak cemerlang akademik, dia dikira kurang bagus. Itu satu kesilapan. Ukuran berteraskan akademik untuk menilai manusia bijak atau tidak bijak, cerdik atau bodoh, sebenarnya tidak begitu tepat.

Akademik hanyalah sebahagian kecil daripada apa yang perlu manusia lakukan untuk membina kecemerlangan. Akademik macam rembesan air daripada setitis air.

Jadi, ilmu yang anda pelajari di sekolah hanyalah rembesan kecil daripada lautan ilmu. Kalaulah anda gagal atau tidak begitu cemerlang dalam akademik usah hukum diri anda sebagai bodoh, bengap, bangang. Itu silap.

Anda mungkin bodoh belajar tapi anda pandai hal lain; kemahiran hidup anda luar biasa, daya fikir anda cemerlang. Setiap manusia dijadikan dengan semua kebaikkan dan kelebihan.

Seseorang itu sudah tentu mencuba yang terbaik sewaktu menghadapi peperiksaan. Tetapi kadang-kadang emosinya terbelah pada waktu itu. Mungkin ada masalah kewangan, masalah sosial, demam, sakit gigi, mana keputusan mereka nak okey? Jadi, seseorang yang gagal peperiksaan tidak bolehlah dianggap tak okey segalanya.

Sebenarnya setiap orang ada hebatnya dan ada tak hebatnya. Kategori pertama, hebatnya mereka tak payah suruh, tahu buat sendiri. Tak payah nasihat sangat (apa lagi belasah) tahu dia baca buku sendiri. Tapi mungkin dia bodoh atau malas sikit dalam kerja-kerja rumah.

Kumpulan kedua yang perlu dirangsang, perlu dinasihat, perlu dipaksa, kadang-kadang perlu diugut, ada juga lebihnya, misalnya pandai baiki alat elektronik, semula jadi. Kan ada budak yang macam tu?

Kumpulan ketiga, kumpulan yang paling kita rasa menyusahkan hidup kita, ada baiknya dia. Tak gitu ALLAH tak buat dia. Tidak ada ciptaan ALLAHSWT yang tak berguna pada bumi. Pasti ada.

Nampak tak, betapa perlunya kita percaya setiap ciptaan ALLAH itu ada faedahnya pada makhluk lain dan setiap ciptaan ALLAH itu sempurna. Ukuran tak sempurna itu ukuran kita manusia, yang selalu lebih dibauri oleh ego, sombong, besar diri, riak, ujub, waham, kaya, lawa, kacak, macho, tinggi dan seribu satu macam lagi alasan.

Kita ini walau sesempurna mana tetap perlukan bantuan. Manusia perlu bantu membantu. Biar kategori apa anak kita, atau diri kita, kita tak boleh berhenti daripada membantu mereka atau membantu diri kita sendir, sebab insya-Allah hidup dia panjang lagi, hidup kita panjang lagi. Sekarang okey, esok belum tahu.

Isnin, 14 Jun 2010

JANGAN ADA BENCI...


Salam ceria..semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam. This song 'Awaken' from Maher Zain is very nice. Hope this is something for us and sambil-sambil membaca artikel kali ini. 



Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
Kaedah Mengikis Benci
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempattidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita denganmemaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain. Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
Terlebih dahulu baiki diri untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita.

Jumaat, 11 Jun 2010

KENAPA POLIGAMI BOLEH TAPI POLIANDRI TAK BOLEH??!!



Salam ceria dan salam jumaat buat anda semua. Buat jejaka nan hensem lagi macho, jangan lupa solat jumaat semoga bertambahlah kehenseman anda hendaknya. Topik ini, dah pernah wujud tapi lost somewhere semasa ubahsuai blog di lakukan. Ada 1 komen, dari shamsul..katanya jgn terlalu mengikut perasaan..Saya setuju ngan komen u tu shamsul. Apa2 yg kita buat, think twice dan jgn terlalu mengikut perasaan.

Soalan:

Jika seseorang lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri, mengapa Islam melarang wanita bersuami lebih daripada satu?



Jawapan:

Ramai orang, termasuk orang Islam mempersoalkan kewajaran membenarkan lelaki Islam mempunyai pasangan melebihi satu sedangkan ‘hak’ yang sama dinafikan kepada kaum wanita.
Benarkan saya terlebih dahulu menegaskan bahawa asas masyarakat Islam adalah keadilan dan kesaksamaan. Allah mencipta lelaki dan wanita sebagai sama, tetapi dengan keupayaan dan tanggungjawab berlainan. Lelaki dan Wanita berbeza, secara fisiologi dan psikologi. Peranan dan tanggungjawab mereka berbeza. Di dalam Islam, Lelaki dan wanita adalah sama tetapi tidak serupa.

Berikut disenaraikan satu per satu sebab Islam melarang poliandri:

1. Jika seseorang lelaki mempunyai lebih daripada seorang isteri, ibu bapa anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut mudah dikenal pasti. Bapa serta ibunya dapat di kenal pasti dengan mudah. Sekiranya seorang wanita mempunyai lebih daripada seorang suami, hanya ibu kepada anak yang lahir daripada perkahwinan tersebut dapat dikenal pasti tetapi tidak bapanya. Pengenalan kedua ibu bapa amat dititikberatkan di dalam Islam. Ahli psikologi mendedahkan bahawa anak-anak yang tidak mengetahui siapa ibu bapa mereka, terutama bapa, mengalami gangguan dan trauma mental yang teruk. Kebiasaannya, zaman kanak-kanak mereka tidak bahagia. Atas alasan ini juga, anak-anak pelacur melalui zaman kanak-kanak yang tidak sihat. Sekiranya anak di luar nikah didaftarkan ke sekolah dan ibunya ditanya siapa bapa kanak-kanak tersebut, wanita itu perlu memberikan dua atau tiga nama! Saya menyedari bahawa kemajuan sains terkini membolehkan kedua ibu dan bapa dikenal pasti menerusi bantuan ujian genetic. Oleh itu, pandangan ini yang mungkin bersesuaian pada masa dahulu kini tidak lagi bersesuaian.

2. Berdasarkan tabii, lelaki lebih cenderung berpoligami berbanding wanita

3. Secara biologi, lebih mudah bagi kaum lelaki menjalankan kewajipannya sebagai suami meskipun mempunyai beberapa orang isteri. Dalam situasi yang sama, seorang wanita yang mempunyai beberapa orang suami, tidak akan dapat menjalankan tugasnya sebagai isteri. Wanita melalui pelbagai perubahan psikologi dan perilaku akibat perubahan fasa kitaran haid.

4. Seorang wanita yang bersuami lebih daripada satu akan mempunyai beberapa pasangan seksual pada masa yang sama dan mempunyai peluang tinggi untuk mendapat penyakit kelamin atau penyakit jangkitan seksual yang boleh menjangkiti suami mereka walaupun kesemua mereka tidak melakukan seksi di luar nikah. Hal ini tidak akan berlaku kepada lelaki yang mempunyai isteri melebihi satu dan tiada di antara mereka yang mengamalkan seks di luar nikah.

Alasan-alasan di atas adalah alas an yang mudah dikenal pasti. Mungkin terdapat pelbagai lagi sebab mengapa Allah yang Maha Bijaksana, melarang poliandri.

Khamis, 10 Jun 2010

HONEYMOON SEBELUM MASANYA



Salam Ceria buat anda semua. Hari ni di tempat kerja agak sibuk sikit. Banyak yang perlu di siapkan sebelum jam 5 petang. Tak boleh tidak. Alhamdulillah, semuanya telah selesai. Artikel kali ni saya copy untuk renungan kita semua.

Dewasa ini, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Hampir setiap hari kita dijamukan dengan berita yang menyedihkan, kes buang bayi. Bunuh bayi. Campak bayi. Bakar bayi. Tanam bayi. 'Flush' bayi dan macam-macam hal lagi yang tidak terfikir dek akal.

'Hebatnya' akal ciptaan Allah namun mengapa manusia sering menyalahgunakannya?

Mana perikemanusiaan?

Mana rasa takut dan gentar kepada hukuman-hukuman Tuhan?

Mana perasaan belas?

Allahurabbi.

Mungkin bukan perkara baru. Buang bayi sudah lama sinonim dengan masyarakat kita. Namun apa yang kian menyedihkan adalah kerana kebelakangan ini, masalah keruntuhan moral ini kian merebak dan menular ke dalam masyarakat kita, ibarat barah yang tidak mampu dikawal, menyelinap dan melibatkan pelbagai lapisan umur.

Menakutkan. Banyak kes buang bayi melibatkan remaja bawah umur. Apatah lagi mengandung anak luar nikah. Astaghfirullahalazim. Apa sudah jadi. Apa nak jadi?

Mana salahnya, mana silapnya?

Adakah kerana silap kita sebagai masyarakat yang tidak cakna dan bersikap tidak ambil peduli? Merujuk kes kanak-kanak yang didera sampai mati. Bukankah ibunya bersekedudukan dengan kekasihnya ketika suaminya dipenjara? Apakah masyarakat terutama ibu bapa kepada wanita tersebut tidak pernah ambil kisah? Bersikap tidak peduli dan lepas tangan? Itu baru satu contoh, sedangkan disekeliling kita, banyak lagi kes-kes yang lebih kurang serupa. Apa peranan kita sebagai masyarakat dalam usaha membanteras gejala masalah sosial yang makin memburuk?

Remaja (kanak-kanak) berusia semuda 13 tahun juga buang anak!

Bayangkan, adik-adik kita di rumah, anak-anak kita yang berbaju kurung bertudung putih ke sekolah, sopan dan manis sekali, tapi hakikatnya mereka terdedah dengan pelbagai kemungkinan. Jangan terlalu yakin bahawa anak-anak dan adik-adik kita itu kekal selamanya bebas dari anasir-anasir jahat? Jangan terlalu berpuas hati dan percaya kepada mereka bulat-bulat.

Kadangkala, perasaan ingin tahu, curiga dan syak wasangka itu perlu. Luangkan masa, siasat dengan siapa anak kita berkawan. Periksa beg sekolah anak-anak. Jika adahandphone tengok senarai nama dalam telefon anak-anak. Periksa apa ada dalamhanphone anak-anak. Selidik ada apa dalam bilik anak-anak. Itu tanggungjawab ibu dan bapa, sebagai usaha mencegah sebarang kemungkinan buruk yang mungkin terjadi. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan, oleh itu, langkah pencegahan perlu dilakukan dan setiap dari kita harus sentiasa berhati-hati.

Mungkin hari ini kita bertudung labuh, tidak pernah bergaul dengan lelaki apatah lagi berzina. Tapi tahukah anda? Bukan perkara mustahil, malahan di IPTA juga kita sering 'dikejutkan' dengan kes gadis bertudung labuh ditangkap berkhalwat dengan teman lelaki. Na'uuzubillah.

Bukan niat saya ingin memburuk-burukkan mereka yang bertudung labuh, atau berkopiah (baik budi pekerti). Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, kita manusia mudah terpedaya dengan pujukan dan hasutan syaitan dan nafsu jahat. Jangan mudah berpuas hati dengan amalan yang kita ada. Jangan terlalu yakin dengan 'tahap keimanan' kita. Paras keimanan kita sentiasa berubah-ubah, ada naik dan turun. Mungkin hari ini kita terpelihara oleh-Nya dari sebarang kemungkaran tapi esok lusa siapa tahu? Mungkin juga kita menjadi hamba nafsu dan syaitan. Na'uuzubillah.

Oleh yang demikian. Teruskanlah dan kekalkanlah. Sentiasa berhati-hati dan menjaga diri. Jangan biarkan diri terdedah apatah lagi terjebak dalam gejala zina. Perbuatan haram yang dilarang oleh Allah pastinya bersebab. Namun begitu, kita manusia sering merasa 'lazat' ketika memilih yang haram.

Mengapa dan kenapa terjadi begitu?

Apakah kerana ketika melakukan kemungkaran syaitan ikut sama?

Bergembira dan bersorak sorai?

Jadi dengan itulah kenikmatannya berganda-ganda?

Bahagiakah hati jika menjadi hamba dan sahabat syaitan?

Bahagiakah jiwa yang dicipta oleh Sang Pencipta dengan kenikmatan yang sementara itu?

Jangan dekati zina. Ibarat menagih dadah, sekali terkena menjadi gian dan ketagih. Mahu lagi dan lagi, sampai bila? Sedangkan mati bila-bila masa saja akan datang berkunjung. Layakkah kita mencium haruman syurga apatah lagi menjadi penghuni syurga jika kita mati dalam kemungkaran? Cukup kuatkah kita untuk diseksa dan diazab di neraka? Na'uuzubillah.

Bersyukur jika kita tidak pernah terjebak dengan zina. Dan seandainya kita sudah atau telah terlibat, segerakanlah bertaubat. Jangan bertangguh. Mohon ampun dan kemaafan dari-Nya.

Ramai orang (merujuk kepada thread-thread yang dibuka di iluvislam.com) risau dan runsing memikirkan masa depan, siapa yang sudi mengambil diri sebagai isteri. Bagaimana penerimaan orang akibat daripada keterlanjurannya. Dan ramai yang lupa, hidup di dunia cuma sementara. Akhirat jua yang kekal abadi.

Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah? Bertaubatlah, mohon ampun dari Allah. Selebihnya, serahkan kepada Dia untuk tentukan jalan hidup kita. Moga-moga ada sinar bahagia menanti di hadapan, tapi usah terlalu berharap. Andai kebahagiaan selamanya tidak menjadi milik kita di dunia, berbaik sangka, mungkin Allah ingin terus menguji dan mungkin juga Allah sedang 'menyucikan' kita dari dosa-dosa silam. Biarlah sengsara di dunia yang sementara, asalkan di negeri abadi kelak, syurga menjadi tempat kita mengutip bahagia.

Mari. Sebagai mereka yang cakna dan peduli tentang nasib ummah, masyarakat sekeliling kita. Ayuh. Kita berganding bahu, membantu selagi termampu untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang keburukan dan kewajipan untuk menjauhi dan mencegah zina.

Jauhilah perbuatan 'honeymoon' sebelum tiba masanya. Ketahuilah, persetubuhan antara lelaki dan wanita juga merupakan antara nikmat yang dianugerahkan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Namun janganlah kita kotorinya dengan memilih untuk berzina. Bersabar dan pelihara diri dan kemaluan. Tunggu masa yang betul untuk melunaskannya. Yakni selepas nikah.
Jangan mengambil mudah soal dosa dan pahala kerana akibatnya buruk, hanya Allah yang lebih tahu. Jangan beri peluang kepada syaitan untuk menggoda dan menghasut kita melakukan kemungkaran. Sesungguhnya syaitan itu benar-benar licik dan berpengalaman dalam menyesatkan umat manusia. Marilah kita saling mengingatkan.. Moga Allah melindungi kita dan seluruh muslimin dan muslimat.

Ingat mati. Ingat mati. Ingat mati.

Dunia hanya sementara. Mati itu pasti. Akhirat itu kekal abadi.

Selasa, 8 Jun 2010

KELEBIHAN BERCIUM



Salam luar biasa hebat, info hari ini hanya untuk pasangan yang sudah berkahwin dan mendapat sijil nikah yang sah..malahan pahala pun dapat. So buat yang belum berkahwin...if dah ada pilihan dihati..semoga kalian dipermudahkan segala urusan dan selamat pengantin baru.

Ahli perubatan mendapati bahawa berciuman baik untuk kesihatan.....
Bercium itu bukan hanya membuat seseorang merasa senang, tapi juga
efektif melawan banyak penyakit. Apa saja keuntungan berciuman bagi
kesihatan?

* Berciuman dalam waktu lama boleh membantu sistem sirkulasi kita.
Ketika berciuman, detak jantung makin cepat hingga 110 degupan jantung
per minit.

* Setelah berciuman, paru-paru bekerja lebih keras. Kira-kira 60 tarikan
nafas per minit, dibandingkan dalam nafas normal, hanya 20 kali tarikan
nafas per minit. ini baik untuk mencegah sakit paru-paru.

* Beberapa doktor gigi percaya, bahawa berciuman merupakan tindakan
pencegahan gigi berlubang. Berciuman menstimulasi air liur yang boleh
menghancurkan asam yang menutupi gigi.

* Berciuman yang berlangsung lebih dari 3 minit membantu kita melawan
stress. Berciuman dalam waktu lama boleh menghancurkan hormon stress.
lagi... kelebihan berciuman .....huhuhu!

1. Pasangan yang memberi ciuman perpisahan setiap pagi kepada pasangan
hidupnya rata-rata memiliki waktu 5 tahun lebih lama dari yang tidak
melakukan rutin ini.

2. Berciuman baik untuk mendorong kepercayaan diri. Membuat seseorang
merasa dihargai dan memberi ketenangan diri.

3. Berciuman membakar kalori, 2-3 kalori per minit dan menggandakan
tingkat metabolis. Ada yang mengatakan, bahawa dengan berciuman bergairah
tiga kali per hari (setidaknya 20 detik per ciuman) boleh membantu
menghilangkan berat badan.

4. Berciuman dikenal sebagai penghilang stress. Berciuman penuh ghairah
boleh menghilangkan ketegangan, mengurangi energi negatif, dan
memproduksi rasa sihat, menurunkan hormon stress.

5. Berciuman menggunakan setidaknya 30 otot wajah dan mencegah pipi
kendur. Otot pipi yang menegang karena ciuman yang bergairah mampu
membantu kulit lebih halus dan meningkatkan peredaran darah.

6. Berciuman baik untuk jantung, menurunkan tekanan darah dan
kolesterol.

7. Mereka yang sering berciuman jarang mendapat masalah perut.

8. Selama berciuman, antibiotik diproduksi tubuh dikeluarkan melalui air
liur. Air liur juga dipercayai sebagai anestetik yang membantu
mengurangi sakit.

Jumaat, 4 Jun 2010

COUNTDOWN TOYS STORY 3..



The long, long awaited--like ten years long awaited--trilogy maker Toy Story 3 comes back to theatres in a little over a year. Featuring nearly all of the original voices (except for Slinky Dog, whose actor, Jim Varney, died in February 2000) including Tom Hanks and Tim Allen, this could be the biggest movie of 2010.

Andy's on his way to college in this installment, but before he goes, he's got one thing left to take care of--finding homes for his old friends, Woody, Buzz and all the rest of the Toy Story crew. And when he finds what he thinks is the perfect place at a day care center, the fun and the troubles have only just begun.

All my 4 Permata Hati ternanti-nanti to enjoy this movie. Fikir punya fikir, ehm okaylah..lagipun it's school holiday mood. My office cliks ada tanya, " Nanti nak bawa semua anak-anak ke?"

Why not. Yang paling penting, kena ada perancangan. Beli tiket awal sehari dari tarikh hari kita nak tonton movie. Contoh, kalau nak tengok movie hari sabtu, belilah tiket hari jumaat. Pilih tempat duduk yang paling hampir dengan pintu sebab senang bila nak ke toilet nanti. Dan tonton di waktu pagi. Selalunya time ni tak ramai orang. 

So, nothing is impossilble if kita ada perancangan. Dah tahu kita sorang nak take care anak ( tak kiralah berapa org anak) so plan aktiviti kita sebaik mungkin. 
Salam ceria dan luar biasa hebat.

Rabu, 2 Jun 2010

PERNAH KOMA 9 HARI



Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus
asmaini@nstp.com.my 2010/06/02

"DOKTOR meramalkan saya boleh hidup kurang daripada tiga minggu jika tidak menjalani rawatan kerana kanser yang saya hadapi berada di tahap empat.

"Kos untuk menjalani rawatan kemoterapi pula bukan murah, mencecah RM300,000 dan jumlah itu sememangnya bebanan kerana keluarga bukan orang berada.

"Lebih menyedihkan, tidak lama selepas itu, saya turut dibuang kerja atas alasan yang tidak munasabah," demikian luah bekas pesakit kanser, Norliyana Abu Bakar, 28.

Norliyana yang lebih mesra disapa dengan panggilan Liyana berkata, dua khabar duka yang diterimanya itu sedikit sebanyak meruntuhkan kekuatan dirinya.

Dia sama sekali tidak menyangka batuk berterusan yang sering dialami - salah satu petanda penyakit yang digeruni ramai itu sudah bersarang di dalam badannya.

Katanya, sebelum doktor mengesahkan mengenai penyakit berkenaan, dia mengalami batuk yang berterusan, tetapi tidak mengesyaki apa-apa kerana ketika itu (awal 2005) negara mengalami jerebu yang teruk.




sebelum  -  selepas

CEMERLANG...Liyana, bekas pesakit
kanser yang kini aktif sebagai sukarelawan Makna.






CEMERLANG...Liyana, bekas pesakit kanser yang kini aktif sebagai sukarelawan Makna.

"Saya mengalami batuk yang sekejap baik, sekejap batuk semula selama berbulan-bulan, tetapi menganggap ia hanya batuk biasa kerana beberapa klinik yang saya pergi mengatakan demikian.

"Apabila keadaan menjadi semakin teruk, barulah saya dirujuk ke hospital. Selepas menjalani pelbagai ujian termasuk proses mengambil sedikit di bahagian yang disyaki, akhirnya doktor mengesahkan batuk yang saya alami itu sebenarnya ialah petanda kepada sejenis penyakit barah, Defuse Large B-Cell Lymphoma di paru-paru," katanya.

Menurut anak sulung daripada enam beradik ini, dia terpaksa berpindah ke sebuah hospital kerajaan pada awal 2006 dari sebuah hospital tempat kerja lamanya kerana tidak mampu membayar kos rawatan.

Ketika di hospital berkenaan, dia koma selama sembilan hari dan selama itulah keluarga terutama ibu, Hazizah Yon, 54, setia menemaninya.

Katanya, barah di dalam badannya terlalu agresif dan menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan kemoterapi lapan kali berbanding hanya enam untuk pesakit biasa.

"Saya terpaksa menjalani 25 kali rawatan radioterapi dalam tempoh sebulan lebih dan semua itu menyebabkan saya botak serta berat badan susut lebih 20 kilogram sehingga menampakkan tulang.

"Lebih menyedihkan, saya juga lumpuh dari paras pinggang hingga hujung kaki dan hanya mampu terbaring di katil saja selama hampir setahun.

"Alhamdulillah, dengan semangat yang tidak pernah mengaku kalah dan ihsan daripada Tuhan, saya akhirnya dapat kembali berjalan seperti biasa pada April 2007," katanya.

Liyana berkata, sepanjang menerima rawatan di hospital, keluarga serta teman lelaki (kini suaminya), Azrin Shah Sabeh, 28, tidak jemu-jemu memberikan sokongan. Apa yang membuatkan dia berasa terharu ialah kesanggupannya datang melawat setiap hari selepas kerja.

"Saya akui pernah berputus asa kerana menganggap tidak akan mempunyai peluang untuk hidup lebih lama. Lantas, saya pernah meminta suami mencari pengganti kerana berasakan hayat tidak lama.

"Keluarga juga hampir putus asa kerana saya pernah koma dengan keadaan badan kurus kering. Memang sukar untuk menggambarkannya dengan kata-kata.

"Namun, takdir Tuhan tiada siapa yang tahu. Selepas hampir setahun menjalani rawatan, alhamdulillah kesihatan saya semakin baik.

"Apa yang berlaku itu satu keajaiban yang hingga kini saya tidak menemui jawapannya," katanya yang masih perlu menjalani pemeriksaan setiap empat bulan sekali termasuk mengambil pelbagai vitamin tambahan sebagai langkah menguatkan ketahanan badannya.

Sementara itu, untuk membayar balik segala jasa Majlis Kanser Nasional (Makna) yang pernah membantunya, Liyana turut menyertai organisasi bukan kerajaan (NGO) berkenaan sebagai sukarelawan bagi membantu pesakit kanser di negara ini.

Dia sudah bangkit kembali daripada waktu sukar dalam hidupnya dan kini ingin memberi kembali apa yang pernah diperoleh secara sukarela bagi membantu lebih ramai insan yang memerlukan.

"Kini, sudah hampir tiga tahun saya menyertai Makna sebagai sukarelawan. Selain dapat menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan, saya juga dapat berkongsi pengalaman bersama pesakit kanser mengenai penyakit berkenaan.

"Saya mahu masyarakat tahu pesakit kanser sebenarnya amat memerlukan sokongan daripada mereka tidak kira sama ada daripada segi moral mahupun berbentuk kewangan.

"Sebagai bekas pesakit, saya amat mengetahui kesusahan yang mereka alami dan harapan saya dengan pengalaman yang ada, sedikit sebanyak dapat membantu meringankan penderitaan mereka," katanya yang baru-baru ini turut menerima anugerah penghargaan daripada Makna atas sumbangan cemerlangnya selama ini.

"Berpantang maut sebelum ajal" Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa. 

Benar, hanya Allah yang Maha Mengetahui apa-apa yang tidak kita ketahui. Ketika saya membaca artikel ini, segala memori saya bersama arwah suami berputar kembali di ruang fikiran. Apa yang dilalui oleh Liyana sama seperti yang di lalui oleh arwah suami. Rawatan kemoterapi amat perit dan hanya yang mengalami sahaja yang mengetahuinya. Namun saya redha dengan ketentuan Allah, yang lebih menyayangi arwah suami. 

Kanser adalah pembunuh dalam diam. Banyak faktor yang boleh menyebabkan kanser. Pemakanan, persekitaran, air, udara, kosmetik dan banyak lagi. Will share with you all later. Salam ceria dari saya.

Selasa, 1 Jun 2010

THE TOP 5 CANCER-CAUSING FOOD




Live Life Without Limits!

The top five cancer-causing foods are:

1. Hot dogs

Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention Coalition advises that
children eat no more than 12 hot dogs a month. If you can't live without hot dogs,
buy those made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon

Also high in the same sodium nitratesfound in hot dogs, bacon, and other processed
meats raise the risk of heart disease. The saturated fat in bacon also contributes to cancer.

3. Doughnuts

Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they are made with white flour,
sugar, and hydrogenated oils, then fried at high temperatures. Doughnuts, says Adams,
may be the worst food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries

Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated oils and then fried at high
temperatures. They also contain cancer- causing acryl amides which occur during the
frying process. They should be called cancer fries, not French fries, said Adams .

5. Chips, crackers, and cookies

All are usually made with white flour and sugar. Even the ones whose labels claim to
be free of trans-fats generally contain small amounts of trans-fats.

BRAIN DAMAGING HABITS

1. No Breakfast

People who do not take breakfast are going to have a lower blood sugar level. This
leads to an insufficient supply of nutrients to the brain causing brain degeneration.

2. Overeating

It causes hardening of the brain arteries, leading to a decrease in mental power.

3. Smoking

It causes multiple brain shrinkageand may lead to Alzheimer disease.

4. High Sugar consumption

Too much sugar will interrupt the absorption of proteins and nutrients causing
malnutrition and may interfere with brain development.

5. Air Pollution

The brain is the largest oxygen consumer in our body. Inhaling polluted airdecreases
the supply of oxygen to the brain, bringing about a decrease in brain efficiency.

6. Sleep Deprivation

Sleep allows our brain to rest. Long term deprivation from sleep will accelerate
the death of brain cells.

7. Head covered while sleeping

Sleeping with the head covered increases the concentration of carbon dioxide and
decrease concentration of oxygen that may lead to brain damaging effects.

8. Working your brain during illness

Working hard or studying with sickness may lead to a decrease in effectiveness of
the brain as well as damage the brain..

9. Lacking in stimulating thoughts

Thinking is the best way to train our brain, lacking in brain stimulation thoughts
may cause brain shrinkage.

10. Talking Rarely

Intellectual conversations will promote the efficiency of the brain

The main causes of liver damageare:

1. Sleeping too late and waking up too late are main cause.

2. Not urinating in the morning.

3. Too much eating.

4. Skipping breakfast.

5. Consuming too much medication.

6. Consuming too much preservatives, additives, food coloring, and artificial sweetener.

7. Consuming unhealthy cooking oil. As much as possible reduce cooking oiluse
when frying, which includes even the best cooking oilslike olive oil. Do not consume
fried foods when you are tired, except ifthe body is very fit.

8. Consuming raw (overly done) foods also add to the burden of liver. Veggies
should be eaten raw or cooked 3-5 parts. Fried veggies should be finished in one
sitting, do not store.

We should prevent this without necessarily spending more. We just have to adopt
a good daily lifestyle and eating habits. Maintaining good eating habitsand time
condition are very important for our bodies to absorb and get rid of unnecessary
chemicals according to 'schedule.'

Kesihatan tiada kompromi..so do take care your self and family. Kongsi this info
bersama rakan, sahabat, teman dan saudara mara anda sekalian.

NetKL Network

Catatan Popular