My Instagram

Fasa 2 : MENDIDIK ANAK ADALAH AMANAH DARI ALLAH SWT



Oleh: Roslan Kassim (MAJALAH ANIS JUN 2009)

Dari usia 7 hingga 14 tahun :

Anak-anak dikatakan telah sempurna mumaiyiz dari usia 6 tahun ke atas sampai baligh. Mereka berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, telah dapat makan, mandi, berpakaian secara sendiri tanpa bantuan orang lain. Mereka sudah boleh didedahkan dengan didikan ilmu secara ilmiah dan didisiplinkan, serta diajar tatacara beribadah dengan betul, disamping menghormati hak orang lain dan memunaikan suruhan guru.

Termasuk juga di dalam skop didikan itu ialah mengajar selok belok tuntutan agama dan adap sopan, perkara haram dan halal, kenal kebaikan dan dilatih tubi melakukannya serta melarang dari melakukan kejahatan, membenci dan menjauhi maksiat serta kemungkaran; melazimi melakukan ketaatan dan meninggalkan larangan Allah.

Anak-anak diperkenalkan siapa Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga baginda serta mengajar (membaca,menghafal dan memahami) al-Quran.

Pada usia tujuh tahun juga, anak-anak perlu dilatih dengan suruhan membiasakan diri mengerjakan ibadah khusus seperti solat, puasa dan menutup aurat.

Manakala apabila telah mencapai usia sepuluh tahun, mereka hendaklah dihukum apabila tidak menunaikan ibadah dan tatacara hidup Islam secara tetap dan sempurna. Hingga akhirnya nanti anak-anak sebati dengan kebaikan dan ketaatan kerana seperti kata peribahasa Melayu ; ‘Alah bias tegal biasa!’

Bersambung untuk fasa ke3…..

Tiada ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!