Fasa 1 : MENDIDIK ANAK ADALAH AMANAH DARI ALLAH SWT….



Pesanan Hukama :

“ Bersegeralah dalam mendidik anak sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukkan.”

Pendidikan anak terbahagi kepada 3 fasa (yang setiap satunya selama tempoh 7 tahun)
Dari kelahiran hingga usia 7 tahun :

i. Sebelum bercerai susu dalam lingkungan usia 2 tahun

Anak sering perlu didakap, didukung dan di peluk cium serta didodoikan oleh orang tuanya hingga terasa oleh si anak bahawa mereka benar-benar dikasihi dan disayangi serta dilindungi. Perlu diperdengar dan diajar mengucapkan, “Lailahaillallah” atau sekurang-kurannya kalimah “Allah, Allah, Allah”. Mudah-mudahan dalam sepanjang hayat, itulah kalimah awal dan akhir sebutan lidah anak.

ii. Setelah bercerai susu (Peringkat usia awal mumaiyiz)

Tanda seorang anak sudah mula mumaiyiz ialah tahu membezakan antara tangan kiri dan kanan serta sudah pandai menyarungkan kasut di kakinya dengan betul. Jika sudah ada sedemikian, pendidikan sudah boleh dimulakan.

Pendidikan haruslah sesuai dengan darjat keanak-anakannya. Diajak bicara dengan lemah lembut. Diperlakukan dengan penuh rasa cinta dan kasih.

Pada usia 2 hingga 3 tahun, anak-anak salafussoleh sudah mula dijinak-jinakkan dengan solat. Diperlihatkan bagaimana kita mengerjakan ibadah solat dan diajak ikut berjemaah tanpa paksaan atau kekerasan.

Tujuan akhir didikan pada peringkat pertama ini ialah agar anak-anak tahu, sedar dan yakin bahawa mereka benar-benar dikasihi oleh ibu bapa. Ikatan kasih mesra ini penting kerana dalam tempoh 7 tahun berikutnya adalah jangka masa untuk di penuhi dengan pembelajaran dan pendidikan.

Semasa dalam proses pembelajaran, kadangkala peraturan dan arahan serta kawalan disiplin adalah suatu yang perlu. Maka segala suruhan, teguran, larangan dan hukuman yang dikenakan akan mudah diterima kerana yakin ibu bapa sayangkan mereka, bukannya benci.

Akan bersambung untuk fasa ke 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!