My Instagram

SEBENAR-BENAR CINTA


Oleh : Syarifah Abu Salem (Novel- Aku Cinta Dia)

Cinta kepada Allah sangat berbeza segala-galanya. Saat cinta kepada manusia membawa kesedihan, hanya cinta kepada Allah membawa kedamaian. Saat cinta insan membawa kehancuran, hanya kepada Allah membawa kebahagiaan. 

Sebaliknya, cinta kepada Allah adalah sebenar-benar cinta hakiki yan pasti membawa bahagia tika di dunia dan akhirat kelak. Kerana itulah, apabila kekuatan cinta kepada Allah melebihi segala-galanya, manusia tidak akan takut untuk berdepan dengan kegagalan cinta sesama insan. Dan kecintaan yang mendalam kepada Allah tidak akan membuatkan seseorang itu terburu-buru untuk melafazkan kata cintanya kepada orang yang tersayang.

Namun kadangkala kesedaran ini sukar diterjemah dalam ayat biasa, lantas golongan remaja terutamanya, gagal untuk memahami pengertian cinta kepada Allah itu sebenarnya. Cinta kepada insan lebih kepada sesuatu yang melalaikan, sedangkan cinta kepada Allah bakal memberi ketenangan, kedamaian dan kebahagiaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap insan memiliki perasaan cinta yang amat indah, ingin mencintai dan dicintai dan mahu cinta mereka di akhiri dengan perkahwinan. Tetapi cinta yang indah itu kadangkala sangat menakutkan. Kerana kegagalan cinta menjadikan insan merana dan berasa hidup sudah tidak bermakna. Maka, jadilah cinta itu sebagai kepahitan yang begitu mengecewakan dan menyakitkan perasaan. 

Apabila anda bercinta, janganlah cinta itu melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Tiada ulasan