IBUNDA'S DELIGHT

Rabu, 21 April 2010

KENAPA GREENAPPLEKU..

Syukur ke hadrat AllahSwt kerana dengan izinNya dan ‘idea’ dariNya, maka akhirnya greenappleku.blogspot.com berjaya di blogkan. Menulis adalah sesuatu yang amat menyeronokkan. Bermula sekadar suka-suka, sebagai hobi untuk mengisi masa lapang, akhirnya saya sudah mula jatuh cinta dengan dunia ‘blogger’.

Minat membaca banyak memberikan saya pelbagai informasi dan maklumat. Ada antara informasi mahupun maklumat yang saya perolehi, telah banyak membantu saya menyelesaikan tugasan harian dalam menjalani kehidupan ini. Pengalaman mengandung anak ketiga menjadikan saya mengidam membaca novel. Seminggu sekali saya mesti mendapatkan sebuah novel baru untuk dibaca. Nasib baik saya tidak mengidam untuk makan novel! Ha..ha..ha..Alangkah baiknya jika segala info dan maklumat yang kita perolehi dapat dikongsi bersama. Manalah tahu dapat membantu menyelesaikan masalah seseorang.

An apple a day keep you away from medicine..Ada betul tu. Ada yang suka epal merah dan ada yang suka epal hijau. Kedua-duanya sedap dan berkhasiat.

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.

Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

EPAL HIJAU..mengandungi banyak khasiat

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:

1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Membantu kesihatan membran paru-paru.

4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6. Membantu mengekalkan berat badan.

7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8. Mengurangkan risiko barah.

9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...