Istana AlHambra di Sepanyol merupakan sebuah istana ketinggalan tamadun Arab, di antara yang tertua, paling mengkagumkan dan paling terpelihara di dunia. Dibina oleh Raja Nazarene pertama bernama AlHamar. Menurut salah satu artikel yang pernah saya baca, tidak lengkap lawatan kita ke Sepanyol jika tidak melawat ke kota Granada dan AlHambra.

Budaya pelik Orang Sepanyol ialah masa. Mereka mengatur masa lewat. Misalnya bangun lewat, bersarapan lewat, makan tengahari dan malam juga lewat dan mereka juga masih aktif sehingga jauh malam kerana tidur pun lewat.

Satu lagi ialah amalan bersiesta, iaitu berehat selepas makan tengahari. Waktunya antara 3.00 hingga 5.00 petang. Pada waktu ini, biasanya ada kedai-kedai yang ditutup dan dibuka semula selepas itu hingga jauh malam. Dalam tempoh mereka bersiesta, suasana di merata-rata tempat menjadi lengang. Antara frasa asas bahasa sepanyol: 


Frasa Asas Bahasa Sepanyol....


Ya - Si
Tidak - No
Hello - Hola
Selamat tinggal - Adios
Tolonglah - Por favor
Terima kasih - Gracias
Terima kasih banyak - Muchas gracias
Sama-sama - De nada
Maafkan saya - Lo siento
Selamat Pagi - Buenos dias
Selamat tengah hari - Buenos tardes
Selamat malam - Buenos noches
Jumpa esok - Hasta luego
Jumpa nanti - Hasta luego
Sila masuk - Adelante
Katakan sekali lagi - Repita
Encik - Senor
Puan - Senora
Cik - Senorita
Sahabat (lelaki) - El amigo
Sahabat (perempuan) - La amiga
Suami - El esposo
Isteri - La esposa
Anda boleh berbahasa Inggeris? - Habla ingles?
Gembira bertemu anda - Mucho gusto
Anda berasal dari mana - De donde es usted?


Hasta luego, Adios...

Post a Comment

No proper ID, no proper comment, down you go the spam drain. Receiving happy vibes!

Terbaru Lebih lama